`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, August 16, 2022

GLC, syarikat terima kontrak kerajaan dilarang sumbang dana politik

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihak mendapat lesen atau geran daripada kerajaan tidak boleh menyumbang dana kepada parti politik.

PETALING JAYA: Tidak boleh menerima dana daripada pihak berkaitan kerajaan, termasuk sumbangan luar negara untuk kelangsungan parti merupakan antara garis panduan dicadangkan dalam Rang Undang-undang (RUU) Sumbangan Politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ia termasuk larangan terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menyumbang dana.

Katanya, garis panduan berkenaan dijangka dibentang dalam RUU terbabit, di Dewan Rakyat, pada Oktober.

“Institusi yang menerima sumbangan daripada kerajaan, tak boleh bagi sumbangan untuk dana politik pula, itu tidak dibolehkan. Satu lagi, pihak yang dapat lesen atau geran daripada kerajaan, juga tak boleh kerana ada konflik kepentingan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Satu lagi yang dibincangkan adalah syarikat yang mendapat kontrak kerajaan, jangan nanti dia jumpa menteri beritahu pihak dia ada sumbangkan dalam dana politik, jadi kena bagi kontrak kepada syarikat itu.

“Semua perkara ini ada dibincangkan, kerana ia babitkan integriti. Bagaimanapun secara keseluruhannya, ia kini di landasan yang tepat,” katanya menurut Berita Harian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.