`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, June 3, 2023

38 ‘projek sakit’ bawah KKR

 

Timbalan Menteri Kerja Raya Abdul Rahman Mohamad berkata antara punca projek mengalami kelewatan ialah perintah kawalan pergerakan, kekurangan tenaga buruh dan isu lot tanah.

MACHANG: Sebanyak 38 daripada 717 projek bawah seliaan Kementerian Kerja Raya (KKR) di seluruh negara dikenal pasti sebagai “projek sakit”, kata Timbalan Menteri Abdul Rahman Mohamad.

Beliau berkata, walaupun terdapat beberapa projek terpaksa terhenti seketika berikutan masalah dihadapi, namun pihaknya sentiasa menasihati kontraktor supaya segera mengatasi masalah terbabit, untuk mengelakkan daripada membayar denda kerana lewat dan sebagainya.

“Antara punca projek mengalami kelewatan ialah perintah kawalan pergerakan (bagi projek bermula 2019), kekurangan tenaga buruh dan juga isu lot tanah yang perlu dipindah milik.

Ads by Kiosked

“Kita sentiasa pantau semua kategori projek di seluruh negara termasuk pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan sebagainya supaya ia disiapkan mengikut jadual,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan Jenis 7 di Klinik Kesihatan Mata Ayer yang disempurnakan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Sementara itu, Rahman berkata, setakat ini sebanyak 72 projek membabitkan fasiliti kesihatan sedang dalam pembinaan.

“Segala projek babitkan fasiliti kesihatan ini kita tambah baik dan antara usaha yang dilaksanakan ialah Program Sijil Kursus Kompetensi Kontraktor Kesihatan (SKKK), yang berlangsung di Melaka pada 29 Mei lalu.

“Kursus ini bertujuan untuk mewujudkan satu kriteria yang lebih ketat dan menyeluruh, bagi pelantikan kontraktor khusus untuk projek fasiliti kesihatan demi memperkasakan infrastruktur sektor kesihatan negara,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.