`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, June 3, 2023

Terima kasih hadir PAU, kata Zahid pada Abang Jo

 

Zahid Hamidi pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Richard Engking, Sungai Amang. (Gambar Facebook)

KAPIT: Presiden Umno Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg, kerana mengesahkan kehadiran beliau ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 pada 7 hingga 10 Jun ini.

Timbalan perdana menteri berkata, pengesahan itu dibuat Abang Johari yang juga premier Sarawak, semasa beliau berkunjung ke kediamannya di Kuching, hari ini.

Beliau berkata, pengesahan kehadiran itu merupakan satu manifestasi bermakna kepadanya, kerana Perdana Menteri Anwar Ibrahim selaku pengerusi kerajaan perpaduan dan Pakatan Harapan juga akan hadir ke perhimpunan itu, selain Presiden Warisan Shafie Apdal.

Ads by Kiosked

Zahid juga berharap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor, akan hadir ke perhimpunan itu kelak.

“19 presiden parti anggota kerajaan perpaduan akan hadir dan ini satu petanda baik dan penghargaan kepada Umno dan Barisan Nasional.

“Kita berusaha untuk memperkukuhkan kerajaan perpaduan ini, agar kerjasama dijalankan akan lebih berstruktur,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Richard Engking, Sungai Amang.

Katanya, kerjasama kukuh anggota kerajaan perpaduan itu penting, bagi kestabilan politik lebih-lebih lagi dalam menghadapi enam PRN bila-bila masa.

“Kita mengharapkan kemenangan akan memihak kepada komponen parti kerajaan perpaduan,” katanya.

Beliau berkata, bekas ahli Umno dan ahli yang bukan perwakilan juga boleh hadir untuk mengubat kerinduan mereka terhadap suasana perhimpunan tersebut.

Ads by Kiosked

“Mereka boleh datang sebagai pemerhati. Kita harapkan perhimpunan ini menjadi satu titik permulaan bagi kita menyelesaikan isu selama ini,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.