`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, June 24, 2023

Anjur konsert tanpa kebenaran, universiti awam dikompaun RM25,000

 

Rosli Latif berkata, notis kompaun diserahkan kepada pengurusan universiti awam itu minggu lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sebuah universiti awam di Kuala Nerus, Terengganu dikompaun RM25,000 kerana menganjurkan konsert tanpa kebenaran dan videonya tular baru-baru ini.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif berkata, tindakan diambil mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 2002, dengan notis kompaun diserahkan kepada pengurusan universiti itu minggu lalu.

“Pengurusan universiti diberi 14 hari untuk menjelaskan bayaran kompaun dan tindakan seterusnya akan dikenakan jika gagal,” katanya menurut Harian Metro pada Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Pertandingan Menjala Sotong anjuran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Koperasinya di Pantai Batu Rakit.

Penganjuran konsert di universiti awam itu menjadi isu selepas tular video 37 saat memaparkan tempat duduk lelaki dan wanita tanpa pengasingan yang bercanggah garis panduan syariah ditetapkan kerajaan negeri.

Siasatan turut mendapati ia tidak mendapat permit penganjuran daripada pihak berkuasa tempatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.