`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 23, 2023

Cari alternatif selain elaun bantu pelajar latihan industri, KSM beritahu majikan

enteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata, kerajaan komited untuk memastikan semua pelatih industri, tidak kira dalam sektor awam atau swasta, mendapat layanan yang adil dan saksama. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia menyarankan majikan yang terlibat dengan pengambilan pelajar bagi latihan industri melihat beberapa alternatif dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan, selain pemberian elaun.

Menterinya, V Sivakumar berkata, alternatif yang dicadangkan termasuk penyediaan penginapan, makanan dan pengangkutan bagi meringankan beban pelajar.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai pengurusan penetapan elaun bagi pelajar latihan industri yang bergantung kepada majikan.

“Beliau turut menyarankan agar majikan yang mengambil pelajar (untuk menjalani latihan industri) memberikan elaun sara hidup sebagai sumbangan atau bantuan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya juga akan membuat pertimbangan secara menyeluruh serta mengambil tindakan yang sesuai berhubung isu elaun dengan mengambil kira pandangan serta keperluan pihak terlibat, termasuk pelatih dan industri bagi sektor swasta.

Katanya, kerajaan masih belum mewujudkan polisi atau garis panduan mengenai elaun latihan industri untuk syarikat swasta kerana ia isu kompleks yang memerlukan kajian dan perundingan mendalam dengan pelbagai pihak berkepentingan, terutama Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Kerajaan komited untuk memastikan semua pelatih, tidak kira dalam sektor awam atau swasta, mendapat layanan yang adil dan saksama,” katanya.

“Jika perlu, kerajaan akan mewujudkan garis panduan yang jelas dan terperinci mengenai pembayaran elaun latihan industri atau praktikal di sektor swasta.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.