`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 2, 2023

Ibu strok disyaki maut dipukul anak, menantu di Arau

 

Seorang ibu strok sebelah kiri badan maut dipercayai dipukul anak dan menantunya dalam kejadian di Taman Tambun Tulang, Arau, Perlis.

PETALING JAYA: Seorang ibu sakit strok maut dipercayai dipukul anak dan menantunya susulan tidak tahan serta mengalami tekanan melampau dengan ragam mangsa, dalam kejadian di Taman Tambun Tulang, Arau, hari ini.

Ketua Polis Arau Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata mangsa berusia 74 tahun itu pada mulanya telah dihantar ke unit kecemasan hospital berkenaan pada 4.10 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Katanya, pihaknya menerima laporan pada 5.30 pagi menerusi pegawai perubatan dari Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar yang memaklumkan terdapat pesakit meninggal dunia disyaki dipukul.

Ads by Kiosked

Beliau berkata, pasukan perubatan mendapati mangsa mengalami lebam di kedua mata, dahi, telinga kanan, dan sedikit kesan luka pada jari kaki kiri.

Siasatan awal mendapati anak perempuan mangsa berusia 34 tahun mengaku ada memukul ibunya dengan tangan di bahagian muka dan kepala, semalam.

Beliau berkata, menantu mangsa juga disyaki terlibat dalam kejadian itu berdasarkan kepada keterangan yang meragukan.

“Kejadian berpunca daripada pertengkaran di mana anak perempuan mangsa dikatakan tidak tahan dan terlampau tertekan dengan ragam warga emas itu yang menghidap strok pada bahagian badan sebelah kiri.

“Kedua-dua suspek mengaku tidak bersalah membunuh warga emas itu dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya menurut Kosmo.

Dalam pada itu, beliau berkata, mayat mangsa turut menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Kedah dan mendapati terdapat kecederaan pada tubuhnya dengan kesan lebam di bahagian kedua-dua belah mata, dahi, ubun kepala, dan lidah sisi kiri akibat tekanan.

Ads by Kiosked

Tambahnya, mangsa juga mengalami patah tulang rusuk kiri.

“Siasatan di lokasi kejadian turut dijalankan dengan dibantu pasukan forensik IPK Perlis dan turut membuat beberapa rampasan disyaki mempunyai kaitan dengan kes yang disiasat,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.