`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 8, 2023

Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam lalui proses tatakelola terbaik, kata MBI

 

SOP bagi projek berimpak tinggi seperti KSSA menggariskan hanya syarikat pemaju yang berkelayakan dan berpengalaman dipilih, kata MBI. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Cadangan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) melalui proses amalan terbaik (best practice) yang telus dan rapi melibatkan pelbagai pihak sebelum ianya dimuktamadkan, kata Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Menurutnya, tatacara operasi standard bagi projek berimpak tinggi seperti KSSA menggariskan hanya syarikat pemaju yang berkelayakan dan berpengalaman dipilih bagi projek berskala besar, selari etika amalan tadbir urus telus.

Cadangan yang dikemukakan calon pemaju dinilai oleh juruperunding profesional, dan hasil penilaian tersebut dibentangkan ke jawatankuasa penilaian di peringkat MBI, dan kemudian diangkat ke lembaga pengarah untuk kelulusan.

“15 syarikat mengemukakan cadangan untuk membangunkan semula kompleks sukan tersebut,” katanya dalam kenyataan, berhubung cadangan pembangunan yang bermula sejak 2013 itu.

“Cadangan yang dikemukakan oleh semua syarikat tersebut disemak dan diteliti pada peringkat MBI. Hasil daripada proses tersebut, enam syarikat disenarai pendek dan diundang menyertai permintaan untuk cadangan (request for proposal).”

Menurut MBI, pemilihan syarikat pemaju dibentangkan ke jawatankuasa pemandu yang terdiri daripada wakil-wakil kerajaan negeri, dengan dibantu beberapa jawatankuasa kerja yang melibatkan aspek teknikal, perundangan, kewangan, dan sukan.

Cadangan yang diteliti ini kemudian dirujuk ke majlis mesyuarat kerajaan negeri untuk dimuktamadkan.

“Secara keseluruhannya, proses pemilihan ini mengambil masa lebih enam bulan, melibatkan pelbagai tapisan untuk memastikan kepentingan rakyat Selangor terpelihara,” katanya.

“Lanjutan daripada itu, kerajaan negeri mengenal pasti syarikat pemaju yang berpotensi untuk membangunkan KSSA dan menteri besar menyerahkan surat niat pada 15 Julai 2022 kepada pemaju.”

Dalam pada itu, MBI mengadakan sesi libat urus dan pameran awam selama dua minggu, dari akhir Januari hingga Februari tahun ini, bagi memaklumkan kepada orang ramai tentang pelan pembangunan KSSA dan ruang untuk memberikan pandangan.

“Ekoran sesi libat urus tersebut, 98.7% daripada maklumbalas yang diterima adalah positif,” katanya.

MBI berkata pada peringkat ini projek pembangunan KSSA dalam fasa penelitian reka bentuk dan komponen pembangunan, sebelum dimuktamadkan pada Julai. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.