`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 9, 2023

Pemuda Kekalkan Tradisi Lembap Akal

 Tuan-tuan tahu tak TIGA orang bekas ketua pemuda pernah dipenjarakan atas tuduhan jenayah. Maksudnya mereka adalah banduan. Ex-convict. Atau ex-con.

Kes yang paling awal pada tahun 1970an. Kes kedua pada hujung 1990an. Kes ketiga tahun sudah 2022. Dan seorang lagi ex ketua sedang menghadapi tuduhan jenayah di mahkamah.  Mereka semua adalah 'graduate' daripada institusi pengajian tinggi pemuda.

Tetapi sejak zaman ex convict yang jaguh main pintu belakang itu something else has infected pemuda. Pemuda menjadi emosi, unstable, membawa perwatakan ganas, kononnya pengempur tetapi lebih mirip dengan pelawak F Troop yang selalu terjatuh kuda, letupkan kota sendiri, tertembak kaki sendiri dsbnya.



Seorang ketua depa pula suka sangat tunjuk penumbuk dia - style gangster. Sebenarnya style bodoh, tetapi dia tak sedar. Kenapa dia tak sedar? Sebab itulah style pemuda - lembap pemikiran dan ilmu tahap lobang cacing. Hal-hal memikir, guna akal semua boleh buat esok. Atau lusa. Shoot first. Think later.

Inilah evolusi pemuda. Yang akhir sekali menghancurkan parti dan menghancurkan dominan kuasa pun sebab seorang ex ketua juga. Dia sibuk sangat curi duit berbillion. Sekarang merengkuk dalam penjara. No one cares about him. 

Seorang lagi jadi ketua sebab bapak dia pegang kuasa. So nothing much to shout about. 

Seorang lagi ex-ketua mungkin mahu fu kiri, fu kanan-kan pemuda (sebab bapak dia dulu alim). Tetapi budaya pemuda adalah dangdut dan berjoli-joli. Fu kanan, fu kiri semua hang balik buat di negeri sendiri.

Yang latest pula pemuda nak berarak entah ke mana. Orang lain pun berarak. Tapi ikut musim dan depa dapat public holiday. Pemuda berarak tak dapat apa pun. Menyusahkan orang, sekat lalulintas, bising tak tentu pasal. Memalukan imej bangsa, agama dan negara. 

Akhir kalam - pemuda antara sebab kejatuhan parti. Bebudak yang tidak faham apa pun, immature dan biadap. Not refined. Umum tidak nampak karakter gentleman atau watak yang boleh diyakini atau dipercayai (can neither be believed or trusted).

Sekarang sudah terlambat.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.