`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, June 2, 2023

Syirik, Khurafat Dan Israeliyah - Sedikit Soalan Bagi Dr Rora (1)

 Baru ini saya mendengar hujah oleh Dr Muhammad Rozaimi Ramle ataupun Dr Rora dalam video YouTube. Sesiapa yang berminat bolehlah mengikuti video itu di sini :   https://youtu.be/4_AmitA7WKs

Saya pernah bertemu dengan Dr Rora sekali sahaja dalam satu perjumpaan yang dianjurkan oleh kumpulan G25 - sekitar tahun 2015 di Kuala Lumpur. Dari dulu sampai sekarang (serupa dalam video di atas) Dr Rora memang seorang yang sopan, gentleman dan selalu tersenyum secara ikhlas.  Dan saya harap Dr Rora - yang adalah  kelahiran negeri Perak seperti saya juga - akan kekal sopan, gentleman dan selalu tersenyum ikhlas. Semoga uswah personaliti baik Dr Rora akan berjangkit kepada orang lain juga di negeri utara.

Dalam video itu (bermula pada minit 33:35) Dr Rora menyebut kisah 'Israeliyah'. Tuan-tuan boleh dengar sendiri penjelasan Dr Rora berkenaan apa itu Israeliyah. 

DISCLAIMER : Perlu saya nyatakan bahawa saya tidak mempunyai sebarang pendapat ataupun hujah saya sendiri dalam semua perkara ini. Cuma sedikit soalan untuk Dr Rora pada penghujung ini.

Sebelum itu saya ingin berkongsi sedikit rujukan ayat Al Quran dan juga beberapa rujukan daripada orang Yahudi dan Kristian untuk pandangan Dr Rora, jika beliau ada masa dan kelapangan. 

Ayat al Quran-nya adalah yang berikut:

 

 وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ ٱلْيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ ٱتَّبَعْتَ أَهْوَآءَهُم بَعْدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّۢ وَلَا نَصِيرٍ ١٢٠

Surah 2:120   Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan suka kepadamu sehingga engkau menurut ugama mereka. Katakanlah : "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut hawa nafsu mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah perlindungan atau pertolongan.

 

وَدَّت طَّآئِفَةٌۭ مِّنْ أَهْلِ ٱلْكِتَـٰبِ لَوْ يُضِلُّونَكُمْ وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ ٦٩

[Surah 3:69]  Segolongan dari Ahli Kitab ingin untuk menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak menyedari. 

 

 

 يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن تُطِيعُوا۟ فَرِيقًۭا مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَـٰبَ يَرُدُّوكُم بَعْدَ إِيمَـٰنِكُمْ كَـٰفِرِينَ ١٠٠

[Surah 3:100]  Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taati akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi kafir sesudah kamu beriman.

 

 

وَكَيْفَ تَكْفُرُونَ وَأَنتُمْ تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ ءَايَـٰتُ ٱللَّهِ وَفِيكُمْ رَسُولُهُۥ ۗ وَمَن يَعْتَصِم بِٱللَّهِ فَقَدْ هُدِىَ إِلَىٰ صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ ١٠١

[Surah 3:101]  Dan bagaimana kamu  menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan di kalangan kamu ada RasulNya? Dan sesiapa berpegang teguh kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul.  

 

 

 وَإِذْ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَـٰقَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَـٰبَ لَتُبَيِّنُنَّهُۥ لِلنَّاسِ وَلَا تَكْتُمُونَهُۥ فَنَبَذُوهُ وَرَآءَ ظُهُورِهِمْ وَٱشْتَرَوْا۟ بِهِۦ ثَمَنًۭا قَلِيلًۭا ۖ فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ ١٨٧

Surah 3:187  Dan ketika Allah mengambil perjanjian orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Hendaklah kamu menerangkannya kepada umat manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya". Kemudian mereka melemparkannya  ke belakang mereka, dan mereka menukarnya dengan harga yang sedikit. Maka alangkah buruknya dengan apa yang mereka menukar  itu.

 

Perlu kita senantiasa ingat bahawa Al Quran itu adalah percakapan seorang Rasul yang mulia (rasulin karim).

 

 إِنَّهُۥ لَقَوْلُ رَسُولٍۢ كَرِيمٍۢ ٤٠

Surah 69:40  Sesungguhnya ia (Al-Quran) benar-benar percakapan Rasul yang mulia.

 

 Jadi Allah swt dan RasulNya yang mulia memberi amaran bahawa :

1. Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan suka kepadamu sehingga kamu menurut ugama mereka. 
2.  segolongan Ahli Kitab ingin untuk menyesatkan kamu;
3. Yahudi dan Nasrani yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi kafir
4. ahli kitab telah melemparkan Kitab ke belakang mereka, serta mereka menjualnya untuk harga yang sedikit.

Demikianlah petunjuk Allah swt dan RasulNya berkenaan Yahudi, Nasrani dan ahli kitab. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.