`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, February 29, 2024

JPJ keluar lebih 17,000 saman pada pemandu warga asing

 

Pengarah Kanan Penguat Kuasa Undang-undang JPJ Lokman Jamaan berkata saman terhadap warga asing ini antara 165,553 saman yang dikeluarkan sepanjang Ops Khas sempena Tahun Baharu Cina. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Sebanyak 17,762 saman dikeluarkan terhadap pemandu warga asing atas pelbagai kesalahan ketika pelaksanaan Ops Khas sempena Tahun Baharu Cina, sepanjang bulan ini.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa Undang-undang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Lokman Jamaan berkata kesalahan yang dikesan membabitkan tiada lesen memandu sebanyak 6,380 saman, tiada lesen kenderaan motor (2,120), tiada insurans (1,843) dan lain-lain (7,419).

“Saman terhadap warga asing ini merupakan antara 165,553 saman yang dikeluarkan JPJ menerusi operasi bersepadu yang dijalankan di seluruh negara sempena perayaan itu,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi bersepadu di Plaza Tol Skudai arah selatan malam tadi.

Beliau berkata sepanjang bulan ini juga, pihaknya turut menahan 33 pemandu termasuk pemandu kenderaan awam kerana didapati positif dadah seperti syabu, ganja dan opiat selepas ujian saringan air kencing dilakukan.

Sementara itu, menurut Lokman kes kemalangan maut tahun lepas menunjukkan peningkatan berbanding 2022 dengan seramai 6,344 mangsa berbanding 6,080 mangsa.

“Peningkatan adalah 8%, daripada jumlah 6,344 mangsa, kira-kira 4,000 daripadanya melibatkan penunggang motosikal. Secara purata pada bulan ini, setiap dua jam ada satu kemalangan maut,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.