`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, February 28, 2024

Polis tahan lelaki disyaki pukul ibu hingga maut

 

Suspek ditahan di tempat kerjanya dan akan direman esok, menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memukul ibunya menggunakan kasut keselamatan dan tukul besi sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Kampung Jawa, Klang dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata suspek 33 tahun yang bekerja sebagai tukang gunting rambut itu ditahan di tempat kerjanya di Taman Sentosa, Klang pada 11.30 pagi.

“Mangsa dipercayai berselisih faham dengan suspek dan lelaki itu bertindak memukul ibunya menggunakan kasut kasut keselamatan dan sebatang tukul besi sebelum melarikan diri,” katanya menurut laporan Bernama.

Mohd Iqbal berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 9.45 pagi daripada orang awam.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa suri rumah berumur 56 tahun, tinggal bersama suaminya dan suspek di rumah berkenaan.

Mohd Iqbal berkata suspek mempunyai rekod dadah dan jenayah serta hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata lelaki itu akan direman esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Salwani Samsudin di talian 013-2444234. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.