`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, February 29, 2024

Padu ‘tak mesra rakyat’, dakwa Ahli Parlimen Tanjung Piai

 

Ahli Parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng berkata pendaftaran Padu boleh dikatakan agak leceh. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen kerajaan mendakwa laman sesawang pendaftaran Pangkalan Data Pusat (Padu) tidak mesra pengguna yang mungkin menyebabkan rakyat tercicir daripada menikmati bantuan subsidi bersasar.

Sehubungan itu, Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) mencadangkan kerajaan melanjutkan tempoh pendaftaran yang sepatutnya tamat 31 Mac depan untuk memberi peluang lebih ramai mengemas kini maklumat dengan sistem lebih baik tanpa mengelakkan kekeliruan.

Menurutnya, pendaftaran Padu boleh dikatakan agak leceh kerana perlu menjawab 40 soalan daripada lapan bahagian berbeza, selain mengisi maklumat sulit.

Wee Jeck Seng.

“Jika terlepas atau tidak berjaya mengisi mana-mana satu soalan pun dianggap tidak lengkap.

“Rakyat juga perlu isi maklumat yang sulit,” katanya dalam perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Beliau turut mengingatkan kerajaan supaya tidak menghukum rakyat yang mungkin terlepas menikmati bantuan bersasar seperti petrol hanya kerana kesulitan pendaftaran Padu.

Padu dilancarkan pada 2 Jan dengan sasaran untuk memastikan penyampaian berkesan subsidi bersasar.

Semalam, media melaporkan seramai 3,683,944 warganegara dan penduduk tetap di Malaysia telah mendaftar dalam sistem Padu setakat 21 Feb lepas.

Kementerian Ekonomi dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat =hari ini memaklumkan daripada jumlah itu 1,699,771 telah selesai mengemas kini dan memperakukan maklumat dan data. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.