`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, April 7, 2024

AKSB sedia 39 lori tangki bekal air pada musim Aidilfitri

 

AKSB mengambil pelbagai langkah dalam pelan kesiapsiagaannya untuk menjamin kelangsungan bekalan air di Kelantan sepanjang musim Aidilfitri. (Gambar AKSB)
PETALING JAYA: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) akan menyediakan 39 buah lori tangki, termasuk 27 lori kontrak, untuk membekalkan air kepada pengguna bagi menghadapi musim perayaan Aidilfitri.

Lori-lori tersebut akan membekalkan air kepada 396 buah tangki statik yang disediakan di kawasan terjejas bermula 9 pagi hingga 6 petang di seluruh Kelantan, katanya.

“Selain itu, AKSB turut menyediakan 14 pasukan pembaikan paip bocor, 12 pasukan pembaikan kontraktor dan satu pasukan utama diketuai oleh pengurus jajahan,” katanya, lapor Bernama.

Menurut AKSB, langkah ini adalah sebahagian daripada pelan kesiapsiagaannya bagi menjamin kelangsungan bekalan air di negeri itu sepanjang musim Aidilfitri.

Syarikat itu turut memaklumkan operasi talian aduan (Pintas) 15777 dibuka pada hari biasa dari 8 pagi hingga 10 malam, manakala untuk Hari Raya pertama dan kedua bermula 10.30 pagi hingga 10 malam.

Dalam pada itu, AKSB berkata, terdapat 44 buah loji rawatan air (LRA) beroperasi bagi membekalkan air bersih kepada 275,022 akaun pengguna di seluruh negeri itu.

“Pengeluaran air semasa di semua LRA adalah 526 juta liter sehari (JLH) dan unjuran permintaan bekalan air semasa musim perayaan dijangka meningkat kepada 622 JLH.

“Waktu puncak penggunaan atau permintaan air yang tinggi dijangka bermula pada 8 hingga 13 April ini,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.