`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, April 7, 2024

Johor rampas logo kasut mirip kalimah Allah, kata exco agama

 

Pihak berkuasa Johor merampas kasut yang mempunyai logo seakan menyerupai kalimah Allah.

PETALING JAYA: Pihak berkuasa Johor merampas kasut yang mana rekaannya mengandungi logo mirip kalimah Allah, petang tadi, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid.

Katanya, rampasan dibuat hasil pemeriksaan di premis perniagaan syarikat jenama tempatan itu bersama polis, bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), pihak berkuasa tempatan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor berikutan tular isu membabitkan rekaan kasut tersebut.

“Saya telah mengarahkan pemantauan dan semakan dibuat di pusat-pusat membeli belah di Johor ke atas penjualan kasut tersebut.

“Hasil pemeriksaan, sejumlah pasang kasut telah dirampas bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga meminta umat Islam agar bertenang dan menyerahkan siasatan dilakukan pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain juga sebelum ini, berkata pihak polis menerima lapan laporan di seluruh negara berkaitan isu tersebut.

Sehubungan itu satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pihak pengurusan syarikat itu juga sudah membuat permohonan maaf di atas logo kasut tumit tinggi berkenaan.

Katanya, logo tersebut diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.