`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 6, 2024

Nombor tak kenal jangan angkat, kata polis

 

Pengarah JSJK Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf saran orang ramai kongsi modus operandi scammer kepada ahli keluarga ketika ziarah pada Hari Raya.

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf, menasihatkan orang ramai agar mengabaikan panggilan diterima daripada pihak tidak dikenali.

Beliau berkata, ini kerana telah terbukti dengan menjawab satu panggilan berdurasi kurang 10 minit, ia boleh menyebabkan seseorang kerugian puluhan ribu ringgit.

Untuk itu, beliau menyarankan pihak bank untuk mencari kaedah lebih efektif untuk berurusan dengan pelanggan, terutamanya melibatkan urusan melalui panggilan telefon.

“Pihak bank menggunakan ejen khidmat pelanggan untuk menghubungi pelanggan bagi urusan perbankan mereka dan bagi pengesahan, pelanggan kebiasaannya akan diminta empat angka akhir kad pengenalan.

“Pengesahan jenis ini adalah mengelirukan, kerana penipu juga menggunakan taktik sama. Kita menasihatkan orang ramai supaya jangan mengesahkan apa-apa maklumat peribadi, kerana ia akan mendedahkan kepada kemungkinan menjadi mangsa scammer,” katanya.

Dalam pada itu, Ramli turut mengalakkan orang ramai untuk menyebarkan informasi mengenai taktik penipuan dalam talian pada ahli keluarga, supaya menimbulkan kesedaran.

“Perkongsian semua jenis modus operandi (penipuan) dengan ahli keluarga semasa ziarah menziarahi di Hari Raya di mana sebaran komunikasi secara bersemuka adalah lebih berkesan untuk memberi kesedaran antara satu sama lain,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.