`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 6, 2024

Jimat air sekarang, rakyat P Pinang diberitahu

 

Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang alami penurunan dengan kapasiti hujan sebenar tidak diketahui bagi menambah takungan. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Penduduk Pulau Pinang dinasihatkan mengurangkan penggunaan air sebanyak 10% mulai bulan ini sehingga Jun, bagi memastikan bekalan air di negeri itu mencukupi tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), K Pathmanathan berkata pengguna juga dinasihatkan supaya berhemat menggunakan air sehingga hujan tiba, bagi menambah simpanan air mentah Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang.

“Pada Mac lepas, PBAPP merekodkan 66.5mm hujan di kawasan tadahan air (KTA) Empangan Air Itam dan telah berusaha untuk menstabilkan kapasiti efektif empangan ini, melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP2024).

“Kapasiti efektif empangan turun dua peratus dalam tempoh 31 hari, sementara kapasiti efektif Empangan Teluk Bahang turun 11% dalam tempoh sama dan taburan hujan yang direkodkan di KTA Empangan Teluk Bahang ialah 133mm pada Mac,” katanya dalam kenyataan.

Pathmanathan berkata kapasiti efektif maksimum Empangan Teluk Bahang ialah 18,240 juta liter (ML), manakala kapasiti efektif Empangan Air Itam ialah 2,160ML.

Dalam pada itu, beliau berkata ramalan cuaca antarabangsa menyatakan, fenomena El Nino yang menyebabkan cuaca panas dan kering pada suku pertama 2024, berkemungkinan memberi laluan kepada fenomena La Nina di mana cuaca lembap dan hujan lebat yang akan bermula dari Mei, Jun, atau Julai tahun ini.

“METMalaysia meramalkan hujan sederhana untuk Pulau Pinang pada April, Mei, Jun dan Julai ini.

“Bagaimanapun, ini adalah ramalan dan kita tidak pasti bahawa hujan sebenar akan mencukupi untuk meningkatkan kapasiti efektif Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang dengan ketara,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.