Utamakan Rakyat Jangan Kayangan Saja
1. Maaf cakaplah kalau saya kata, sudah-sudahlah... Biarlah dia jalani hukuman atas jenayahnya.
2. Janganlah ganggu perbicaraan kes-kes lain bersangkutan 1MDB yang sedang berjalan. Apa maknanya kalau yang disyaki rasuah diburu sedangkan yang sudah terbukti bersalah hendak diringankan hukuman? Malah kalau boleh, ada yang mahu dilepaskan terus.
3. Cukuplah dengan pengampunan yang dibagi oleh Lembaga Pengampunan di bawah pemerintahan ..lalu. Bukan semua orang setuju. Banyak (ramai) yang tidak setuju.
4. Kesalahan dan perbuatan sama ada yang dilakukan sendiri atau oleh orang lain dengan restu atau pengetahuannya adalah banyak.
5. Tidak malu kah kita memanjakan penjenayah yang perbuatannya telah dan sedang dibicarakan di negara-negara lain yang turut terpalit dengan skandal 1MDB?
6. Singapura, Amerika Syarikat, Abu Dhabi dan kini, Switzerland, telah dan sedang mengambil tindakan. Kita yang mengaku negara Islam janganlah buat malu dengan mempersendakan undang-undang bagi membebaskan penjenayah 1MDB.
(OSTB : Lebai kata rasuah tidak termasuk hudud atau syariah. Tak ada pun yang bantah. Habis kalau rasuah tak termasuk takrif syariah what is there to complain?)
7. Switzerland adalah negara terbaru dan, boleh jadi juga, yang terakhir membicarakan tertuduh 1MDB. Perbicaraan ke atas Tarek Obaid dan Patrick Mahony telah bermula di bandar Bellinzona, selatan Switzerland. Mereka dituduh bersubahat dengan Jho Low mencuri AS$1.8 bilion (RM8.53 bilion) duit 1MDB.
(OSTB : Switzerland tidak pernah ada sistem 'raja' melainkan bangsawan House of Savoy, Kingdom of Burgundy dsbnya. Sejak 1848 Switzerland adalah republik. Mereka tidak mempunyai sistem pengampunan diraja).
8. Cukup-cukuplah memanipulasi undang-undang negara dan mempersendakan hakim-hakim yang membicarakan penjenayah-penjenayah kayangan ini.
(OSTB : Jangan lupa Perdana Menteri Dr Mahathir 2.0 membantu seorang lagi penjenayah dalam penjara untuk mendapat pengampunan cepat macam kilat. A penjenayah is a penjenayah).
9. Janganlah kita terus menjadi masyarakat hipokrit dan manusia tidak berhati perut yang memenjarakan dan melupakan ibu tunggal yang mencuri roti kerana anak kelaparan tetapi tidak habis-habis membela orang kasta kayangan yang tamak haloba mencuri duit negara dan menganiaya rakyat jelata.
(OSTB : Apakah 'hipokrit' boleh dimasukkan dalam definisi 'keturunan'? Sedarilah sejak beberapa tahun ini 'keturunan hipokrit' makin menjadi bahan cemuhan, bahan ketawa, bahan senda dan jenaka orang lain. Jika maruah dan nilai bangsa itu boleh diberi 'harga' serupa kadar pertukaran Ringgit Malaysia lwn US Dollar maka duit pisang zaman Jepun pun akan berpuluh kali ganda lebih tinggi nilainya).
10. Mohon orang yang berkuasa, tidak kira dalam kapasiti apa, berfikir dan bertindaklah untuk semua. Janganlah enggang dipuja tetapi pipit dianiaya.
11. Bergenerasi kita tanggung beban hutang, pencurian dan kerugian 1MDB semata-mata kerana mereka, kroni dan suku-sakat mereka menyonglap berbilion-bilion ringgit.
12. Kini timbul pula cerita hendak dipenjarakan di rumah. Adakah dia sakit terminal? Kita kena ingat, di rumah itulah dia dan Jho Low berkonspirasi merompak duit negara menggunakan 1MDB.
(OSTB : Mungkin menteri mamak atau mamak menteri dulu boleh sekali lagi jemput sami India datang 'buang sial' daripada rumah dia? Bila rumah sudah 'suci' boleh lah start all over again? Ex-Menteri lain pun terlibat kes 1MDB dengan pendedahan SPRM sendiri duit 1MDB dibawa lari ke negara jiran. Tetapi tiada tindakan lanjutan pun. Duit kita yang depa curi. Duit rakyat. Duit bapak kita. Depa yang bawa pi joli. Nothing happens. Itulah dimaksudkan negara lubang t_hi ke?)
13. Kerajaan tidak boleh ikut saja. Rakyat ada hak dan suara. Ingatlah, Barisan Nasional jatuh kerana dia. Janganlah Pakatan Harapan pula jatuh kerana orang yang sama.
Sekian. Terima kasih.
AKJ
(OSTB : Jangan lupa kerajaan Dr Mahathir 2.0 pun jatuh juga. Masa itu si Bugis sudah pun masuk penjara. Lepas itu Dr Mahathir kalah pilihanraya lagi dan hilang deposit DUA KALI, termasuk di Langkawi. Bukan Cina Alor Star yang tidak undi Dr Mahathir pada tahun 1969 tetapi Melayu Langkawi yang reject Dr Mahathir secara total - walaupun sesudah si Bugis masuk penjara.
Maksudnya Dr Mahathir 2.0 ditendang keluar dan Pakatan Harapan pun akan kalah pilihanraya bukan saja pasca Bugis masuk penjara atau Bugis duduk di rumah tetapi sebab hak rakyat tidak dibela.
Semua orang sudah fed up melihat muka-muka basi, hujah-hujah basi dan dasar-dasar basi yang masih timbul setiap hari di TV dan akhbar tanpa putus sejak berpuluh tahun. Taikun cepat kaya yang sama, billionaire yang sama, ahli politik kaya raya yang sama, sistem pendidikan yang lebih memperbodohkan daripada mencerdikkan. Bilakah mereka semua ini akan mampus? Bilakah nasib negara ini akan berubah? Pengundi negara (terutama sekali pengundi Melayu) tidak melihat sebarang pembaharuan atau perubahan dalam dasar-dasar yang telah merugikan negara, dasar-dasar yang telah bantu tendang keluar Barisan Nasional, Dr Mahathir 2.0, Tan Sri Muhyiddin, Ismail Sabri dan sekarang PH pula.
Semuanya telah ditendang keluar. Tetapi masih tak faham, masih tak peka, masih bebal, masih degil. What is the solution? Carilah tebing tinggi.
The views expressed are those of the writer and do not reflect those of MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.