`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 8, 2024

2 direman kemuka butiran palsu pelaburan RM38 juta

 

macc
Pengarah syarikat dan pemilik firma guaman itu ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM dan Pejabat SPRM Seberang Prai di Pulau Pinang semalam.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan masing-masing seorang pengarah syarikat dan pemilik firma guaman disyaki mengemukakan butiran palsu berkaitan pelaburan mata wang asing kira-kira RM38 juta.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 50-an itu dipercayai mengemukakan pelan pelaburan, skim perlindungan insurans dan laporan mingguan mengandungi butiran palsu pada 2020.

Kedua-dua suspek ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM dan Pejabat SPRM Seberang Prai di Pulau Pinang kira-kira 5 petang semalam.

Mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini dan Majistret Ti Pei Si mengeluarkan perintah reman selama dua hari.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.