`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 22, 2024

Anwar tiba di Jepun untuk lawatan kerja 3 hari

 

anwar
Perdana Menteri Anwar Ibrahim tiba di Tokyo, Jepun untuk lawatan kerja tiga hari. (Gambar Bernama)

TOKYO: Perdana Menteri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja tiga hari di Jepun.

Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda pada kira-kira 9 malam waktu tempatan.

Antara yang mengiringi perdana menteri dalam lawatannya ialah Menteri Luar Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz, dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Naib Menteri Luar Parlimen Jepun Yasushi Hosaka dan Duta Besar Jepun ke Malaysia Katsuhiko Takahashi berada di lapangan terbang bagi menyambut ketibaan perdana menteri. Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Jepun Shahril Effendi Abd Ghany.

Perdana menteri yang berada di sini bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia ke-29 (Persidangan Nikkei), turut dijadual bertemu dengan rakan sejawatannya dari Jepun Fumio Kishida untuk mesyuarat dua hala, dan beliau juga dijadualkan mengadakan beberapa pertemuan dengan kapten industri tempatan, pelajar dan ahli akademik.

Jepun merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut. Tahun lepas jumlah perdagangan antara Malaysia dan Jepun bernilai RM156.64 bilion (USD34.39 bilion). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.