`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 22, 2024

Pemilik resort tak mohon kebenaran polis anjur parti

 

aloha
Poster dan gambar tular menunjukkan wanita berpakaian seksi dalam parti liar dinamakan ‘Aloha Party’ yang didakwa diadakan di Pulau Lang Tengah. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Tiada sebarang permohonan permit diterima polis untuk menganjurkan parti di sebuah resort persendirian di Pulau Lang Tengah di Terengganu baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata pihaknya juga tidak dimaklumkan mengenai penganjuran acara tersebut yang tular di media sosial baru-baru ini, lapor Sinar Harian.

“Melalui semakan, kita tidak mendapat sebarang makluman oleh pihak resort berkaitan aktiviti yang diadakan itu,” katanya.

Semalam, tular poster dan gambar menunjukkan wanita berpakaian seksi menghadiri parti liar dinamakan ‘Aloha Party’ didakwa diadakan di Pulau Lang Tengah yang dikritik warganet kerana tidak sesuai diadakan di Terengganu.

Susulan itu, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Razali Idris berkata pihak resort berkenaan dipanggil memberi penjelasan esok berhubung perkara itu.

Katanya, pertemuan itu turut membabitkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Razali meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa.

“Jika ada bukti ia menyalahi peraturan atau ada orang beragama Islam terlibat dalam parti itu, boleh salurkan kepada pejabat agama untuk siasatan lanjut.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.