`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 8, 2024

Faisal stabil selepas jalani pembedahan ke-2

 

faisal halim
Pemain Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid, dilaporkan berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan kedua semalam. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Keadaan pemain Selangor FC Faisal Halim, yang cedera akibat disimbah asid pada Ahad lepas, kini semakin stabil setelah menjalani pembedahan kedua di sebuah hospital swasta di Shah Alam semalam.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Shahril Mokhtar, pembedahan kedua Faisal bagi memulihkan kecederaannya berjalan selama tiga jam.

“Keadaan Faisal stabil dan saya akan melawat dia hari ini untuk mengetahui status terkini,” kata Shahril, lapor Harian Metro.

Terdahulu, pemain Harimau Malaya yang juga penjaring gol tercantik Piala Asia itu dilaporkan disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Akibat tindakan itu, Faisal mengalami kelecuran tahap empat di beberapa bahagian badannya, seperti muka, leher dan tangan.

Semalam dilaporkan beliau berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan pertama di sebuah hospital swasta.

Akibat kecederaan dialaminya, tangan kiri pemain sayap itu sukar bergerak, menurut Shahril, sekali gus menimbulkan persoalan tentang masa depan kerjayanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.