`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 8, 2024

Gerakan sedia kerjasama semula dengan MCA

 

dominic lau gerakan
Presiden Gerakan Dominic Lau (lima kanan) bersama jentera pilihan raya PN ketika jelajah kempen PRK Kuala Kubu Baharu di Kampung Asam Kumbang hari ini.

HULU SELANGOR: Gerakan bersedia kembali menjalin kerjasama politik dengan MCA sekiranya sekutu lamanya itu tidak lagi mahu bersama Barisan Nasional.

Presiden Gerakan Dominic Lau berkata, partinya terbuka menerima mana-mana parti berhasrat bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), termasuk MCA, jika mereka boleh menerima ideologi perjuangan gabungan itu.

“Gerakan tak akan campur masalah parti lain, itu hak mereka, tetapi PN mengalu-alukan semua yang setuju dengan ideologi (kami) untuk membela hak rakyat

“Kalau (MCA) boleh terima ideologi PN, Gerakan tak ada masalah untuk kembali bekerjasama dengan mereka,” katanya menambah, kerjasama dengan MCA bukan perkara asing buat Gerakan dan parti-parti komponen PN.

Beliau berkata demikian kepada FMT selepas menyertai jelajah kempen sempena PRK Kuala Kubu Baharu di Kampung Asam Kumbang.

Terdahulu, MCA memberikan amaran kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi agar tidak membuat keputusan sendiri mengenai rakan kerjasama gabungan itu menjelang PRU16.

Presiden MCA Wee Ka Siong berkata, banyak keputusan yang dibuat presiden Umno itu sebelum ini bersifat sepihak, termasuk hasrat Zahid agar kerjasama BN dengan Pakatan Harapan diteruskan selepas PRU16.

Beliau mengingatkan Zahid bahawa MCA dan MIC masih komponen BN, maka sebarang keputusan perlu dibuat bersama.

Katanya, jika Umno berdegil untuk tetap ‘bercium mulut’ dengan DAP pada PRU16, MCA tidak akan teragak-agak bergerak solo. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.