`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, June 1, 2024

Polis tahan ibu bapa Zayn Rayyan

 

Zayn Rayyan Abdul Matiin dilaporkan hilang pada 5 Dis lalu di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai berdekatan rumahnya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan mati dibunuh dalam kejadian di Damansara Damai, Disember lalu ditahan polis semalam.

Menurut laporan Harian Metro, pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu ditahan di Puncak Alam pada pagi semalam.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan yang dihubungi Harian Metro mengesahkan penahanan pasangan berkenaan.

Beliau berkata, mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini untuk permohonan reman.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badan akibat mempertahankan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.