`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, June 2, 2024

SPRM tahan bekas datuk bandar disyaki terima rasuah RM1 juta

 

macc
Pengarah SPRM Johor Azmi Alias berkata, kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Kluang hari ini menahan seorang bekas datuk bandar di Johor kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.

Menurut sumber, lelaki berusia 63 tahun itu ditahan di pejabat SPRM pada kira-kira 4 petang.

“Beliau didakwa menerima wang rasuah lebih RM1 juta daripada kontraktor sebagai balasan meluluskan projek,” katanya.

Pengarah SPRM Johor Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru pada 8.30 pagi esok dengan 12 tuduhan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.