`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, July 18, 2024

Hukum penyebar HIV, kerajaan diberitahu

 

aminah aching
Ahli Parlimen Beaufort Aminah Aching berkata dengan memahami kaedah jangkitan pesakit, mereka akan mengambil kaedah pencegahan yang betul. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR
Kerajaan digesa mengenakan hukuman terhadap penyebar HIV secara sengaja selepas berlaku peningkatan membimbangkan membabitkan kes itu.

Aminah Aching (BN-Beaufort) berkata, penularan itu juga tidak boleh dipandang ringan susulan peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

“Saya maklum bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) ada kaedah kontak pasangan jangkitan HIV. Siasatan kes dan pengesanan kes merupakan satu kaedah untuk mengenal pasti mereka yang telah dijangkiti HIV dan mencari punca, tahap risiko seseorang.

Ia perlu dilakukan bagi tujuan pencegahan, rawatan dan memberikan khidmat sokongan dan bantuan berkaitan,
 katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Pindaan 2024 di Dewan Rakyat.

Mac tahun lalu, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata pada 2022 jumlah penduduk Malaysia yang terpaksa hidup dengan jangkitan HIV dilaporkan seramai 69,589 termasuk 3,177 kes baharu direkodkan.

Jelasnya, angka itu menunjukkan HIV adalah permasalahan besar kepada negara pada masa akan datang.

Pada 3 Julai lalu, Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir memberitahu Dewan Rakyat, data KKM menunjukkan seramai 214 pelajar IPT awam dan swasta dijangkiti HIV pada 2020, diikuti sedikit penurunan sebanyak 186 kes pada 2021.

Bagaimanapun, jumlah itu kembali meningkat kepada 221 kes pada 2022 dan 244 (2023).

Sementara itu, Aminah berkata dengan memahami kaedah jangkitan pesakit, mereka akan mengambil kaedah pencegahan betul termasuk mengamalkan amalan seks dan perkongsian alat suntikan yang selamat.

Ingin ditegaskan juga penghidap HIV perlu diberikan ruang dan peluang dalam masyarakat tanpa diskriminasi dan disishkan,
 katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.