KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 yang diluluskan Dewan Negara hari ini akan memastikan dalang aktiviti penipuan dalam talian dikenakan tindakan di bawah peruntukan disediakan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran, berkata di bawah pindaan itu, Seksyen 424, Seksyen 424 (c) dan (b) akan terpakai kepada mana-mana pihak, termasuk mereka yang secara tidak langsung terbabit kegiatan tersebut.
Biarpun tiada peruntukan khusus bagi pemulangan wang mangsa, tetapi katanya, kuasa sitaan wang yang turut dicadangkan dalam pindaan RUU Tatacara Jenayah akan membenarkan polis menghalang wang mangsa scammer dikeluarkan atau digunakan.
“Ini akan memudahkan polis melakukan ‘pengesanan wang’ bagi mengenal pasti wang yang disalurkan mangsa dan secara tidak langsung akan membuka ruang untuk pemulangan wang kepada mangsa penipuan dalam talian.
katanya ketika menggulung RUU itu di Dewan Negara.Ini sekali gus memudahkan proses permohonan di bawah Seksyen 413 Kanun Tatacara Jenayah untuk tujuan pemulangan wang ini kepada mangsa,
RUU itu diluluskan dengan lebih suara majoriti selepas dibahaskan 10 senator.
Bagi pindaan RUU Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 yang turut diluluskan dalam persidangan sama, Kulasegaran berkata, pindaan itu memberi kuasa sitaan akaun hanya kepada anggota polis berpangkat tidak rendah daripada sarjan.
“Cadangan pindaan ini akan memberi kuasa sitaan kepada polis menyita wang disimpan dalam akaun bank.
katanya ketika menggulung perbahasan RUU itu selepas lima senator membahasnya.Sitaan ini bukan saja terpakai kepada wang disimpan dalam bank konvensional, namun ia juga akan merangkumi e-wallet,
Persidangan bersambung esok. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.