`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, July 24, 2024

Seleweng LPG, KPDN rampas 515 tong gas di Port Dickson

 

Free Malaysia Today
KPDN Negeri Sembilan turut menyita dua buah lori, 30 hos, alat timbang elektronik, dua tong ais dan 10 plastik ais di sebuah premis di Port Dickson semalam. (Gambar KPDN)

SEREMBAN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan merampas 515 tong gas petrolium cecair (LPG), iaitu barang kawalan bersubsidi, dianggarkan bernilai RM59,194.80 di sebuah premis di Port Dickson semalam.

Pengarah KPDN negeri Muhammad Zahir Mazlan berkata, pihaknya menerusi Op Tiris turut menyita dua buah lori, 30 hos, alat timbang elektronik, dua tong ais dan 10 plastik ais.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM109,084, tambahnya.

“Hasil risikan mengesan aktiviti penyelewengan atau proses penyiringan LPG. Semasa serbuan dijalankan, tiada pihak yang bertanggungjawab ditemui di premis tersebut.

Kesemua barangan disita kerana berurusan dengan barang kawalan tanpa lesen atau permit yang sah,
 katanya dalam kenyataan.

Muhammad Zahir berkata, kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.