![Free Malaysia Today](https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F07%2F944449e7-mohamed-azmin-ali-fmt-180724-1.webp&w=3840&q=75)
Menurut Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan, alasan Azmin yang dikatakan mahu memfokuskan usaha menawan Selangor dilihat tidak kukuh kerana jawatan ditawarkan kepadanya itu sebenarnya mampu mengukuhkan peluang kembali ke puncak pentadbiran negeri paling maju itu.
Jelasnya, keputusan Azmin itu sebaliknya boleh dibaca dari dua sudut iaitu tidak bersetuju percaturan Presiden Muhyiddin Yassin dan mahu bertanding jawatan timbalan presiden kerana yakin mampu memenanginya.
“Beliau mungkin yakin mampu mengalahkan sesiapa sahaja termasuk Hamzah Zainudin sekali pun….ini mungkin satu tamparan kepada Muhyiddin dan membuka ruang untuk ahli lain menyatakan rasa tidak bersetuju.
katanya kepada FMT.Walaupun secara tersirat tapi dapat dibaca akar umbi, saya jangka selepas ini mungkin ada suara menentang atau tidak bersetuju dengan percaturan atau susunan kepimpinan diumumkan Muhyiddin baru-baru ini,
Semalam, FMT memetik sumber mendakwa Azmin dikatakan menolak tawaran menggantikan Hamzah yang dicadangkan memegang jawatan timbalan presiden menerusi ‘pelan kompromi’ bagi mengelakkan pertembungan jawatan tertinggi pada pemilihan parti Oktober depan.
Berdasarkan cadangan diumumkan Muhyiddin pada konvensyen Bersatu Sabtu lalu, Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu akan berundur setapak bertanding naib presiden bersama dua penyandang, Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin.
Bagaimanapun, Kiandee menjelaskan tiada usul untuk tidak mempertandingkan jawatan itu dan nama dikemukakan Muhyiddin hanya sebagai calon dicadangkan yang akhirnya ditentukan akar umbi pada pemilihan.
Sebelum ini, timbul spekulasi pertandingan bagi jawatan timbalan presiden Bersatu membabitkan Faizal selaku penyandang, dan akan dicabar Hamzah.
Nama Azmin turut disebut-sebut mahu merebut jawatan orang nombor dua Bersatu itu namun difahamkan ketua pembangkang DUN Selangor itu dikatakan hanya akan merebut tempat dalam barisan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Sementara itu, Ariff Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula berpendapat percaturan dan penyusunan saf kepimpinan Muhyiddin itu tidak terganggu disebabkan apa jua keputusan Azmin.
“Azmin bukan keluar parti, kalau itu berlaku maka senarionya berbeza.
katanya. - FMTMungkin Muhyiddin melihat alternatif dan peluang meneroka peluang mengukuhkan kedudukan Bersatu sebagai parti lain berkongsi kepentingan sama dengan PAS,
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.