`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, August 14, 2024

Dunia iktiraf usia 16 tahun matang mohon lesen motosikal, kata institut memandu

 

Free Malaysia Today
Persatuan Institut Memandu cadang pihak berkuasa tingkat aspek penguatkuasaan terutama pematuhan terhadap lampu isyarat.

PETALING JAYA
Persatuan Institut Memandu Malaysia (Pima) menolak cadangan menaikkan had umur pengambilan lesen motosikal kepada 19 tahun bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, sambil menyifatkan ia ‘berat sebelah’.

Presidennya Mat Aris Bakar berkata langkah itu hanya menidakkan hak dan kematangan golongan berusia 16 hingga 17 tahun untuk menunggang motosikal yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Ini bermakna dunia mengiktiraf seseorang berusia 16 tahun cukup matang dan mampu memiliki lesen motosikal mahupun boleh menunggangnya dengan selamat.

Mereka sudah dinilai ada kelayakan dan kecekapan untuk membawa motosikal, maka harus hormati mereka,
 katanya kepada FMT sambil mendakwa cadangan terbabit hanya merugikan pelajar pengajian tinggi yang sukar bergerak memandangkan sistem pengangkutan awam belum cekap.

Beliau mengulas gesaan pakar keselamatan jalan raya, Law Teik Hua dari Universiti Putra Malaysia supaya kerajaan mengkaji semula had umur pengambilan lesen kerana statistik menunjukkan penunggang motosikal kumpulan umur 16 hingga 19 tahun mencatatkan 20% kematian.

Berdasarkan data Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dari 2001 hingga 2023, kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal mencatatkan peratusan tertinggi berbanding pengguna jalan raya lain.

Tahun lalu kematian melibatkan pengguna jalan raya mencatatkan 6,473 dengan 4,480 atau 69.2% daripadanya adalah motosikal.

Daripada melihat aspek usia, Mat Aris berkata kerajaan diminta menilai semula tindakan penguatkuasaan, mengambil contoh tahap pematuhan lampu isyarat yang masih rendah khususnya penunggang motosikal

“Tingkatkan kepatuhan itu, Mungkin juga keadaan jalan raya menyebabkan berlaku kemalangan.

Pelbagai faktor dan perlu dinilai sebaik-baiknya tapi tidaklah seperti cadangan (naikkan had umur) tidak masuk akal ini,
 katanya yang turut mencadangkan penggunaan kamera dan sensor dipertingkat di setiap lampu isyarat seperti di Jepun serta China. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.