`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, August 30, 2024

ORANG MELAYU MESTI BACA : RUU KAFIR, NEGARA KAFIR JATUH HUKUMAN 1MDB

 Sila baca ulasan saya di bawah. Rupanya negara kafir Switzerland, dengan Rang Undang2 (RUU) kafir mereka telah jatuhkan hukuman penjara atas dua orang penjenayah yang terlibat menipu duit rakyat Malaysia sebanyak RM7.8 Billion itu. 

Mereka tidak diberi diskaun 50% tempoh penjara, tidak diberi pengampunan Maharaja Switzerland ataupun dicadangkan mereka boleh menjalankan hukuman penjara di rumah banglo mereka.

Tetapi itulah masalah besar negara kafir dengan RUU kafir mereka. Mereka gemar dan gumbira untuk menghukum orang yang terlibat jenayah - terutama sekali jenayah besar seperti mencuri berbillion Ringgit duit rakyat negara asing yang terletak beribu kilometer jauh di benua lain.

Ini beritanya :

 



  • Switzerland (Aug 28): Court convicts 2 execs US$1.8b (RM7.8b) 1MDB fraud
  • Patrick Mahony, Tarek Obaid set up fraud JV PetroSaudi
  • persuaded 1MDB's board (who had no brains) into fraud in 2009 
  • Obaid sapu US$805 million, Mahony sapu US$37 million.
  • Obaid kena seven years prison, Mahony kena six years
  • Initially sapu US$1b from 1MDB 
  • accused sapu US$830m Islamic loan from 1MDB between 2010 - 2011 
  • Sept 2009 - July 2015 accused open bank accounts in Swiss to launder millions
  • US$4.5 billion siphoned away from 1MDB beginning 2009
  • implicating Najib, Goldman Sachs staff and high-level officials elsewhere.


MY COMMENTS:

Cerita 1MDB ini belum selesai dan TIDAK AKAN SELESAI sebab orang Melayu bersubahat "tidak mahu ambil tahu"  BERAPA RAMAI ORANG YANG TERLIBAT SEBENARNYA.

Orang Melayu sanggup dengar tuduhan bodoh (mahkamah sudah buang kes) stokin bertulisan tetapi malas mengira berapa kepala yang terlibat semua sekali dalam kes penipuan 1MDB ini. 

Berita atas berkata penyamun 1MDB persuaded 1MDB's board  untuk luluskan duit sebanyak RM7.8 billion itu.

Kita semua tahu hanya seorang saja ahli lembaga pengarah 1MDB (Chairman pada waktu itu - yang bekas Felda dan juga CEO atau Chairman Sime Darby) telah meletak jawatan sejak awal lagi apabila beliau boleh bau ikan busuk dalam urusan 1MDB.

'Ex-1MDB chairman resigned as felt ‘something wrong’ was happening, suspected Najib involved in US$700m payout against board’s orders.

KUALA LUMPUR, May 9 — Tan Sri .. today said he had resigned as chairman of 1MDB in 2009 as a sign of protest, following his suspicions that “something wrong” was going on at the Finance Ministry-owned company'.

Tetapi bagaimana pula ahli Lembaga Pengarah yang lain? Mereka turut subahat. Because walaupun Chairman sendiri resign pada 2009, mereka kekal lagi sebagai Pengarah dan masih "luluskan" segala penipuan dalam urusan 1MDB.

Penipuan 1MDB itu berlaku mulai tahun 2009 sehingga tahun 2015. ENAM TAHUN !!

Orang Melayu - please ambil tahu ok.

Berpuluh orang ahli lembaga pengarah pelbagai syarikat Kerajaan lain dan bank tempatan yang terlibat urusan 1MDB.   Semuanya terlibat selama ENAM TAHUN itu.

Bank Negara sepatutnya boleh kesan ada benda yang tidak betul sebab duit rakyat berbillion Ringgit lolos dibawa lari keluar negara. 

Cuba fikir Tuan-Tuan, kita rakyat biasa pula perlu isi borang bank dengan segala butiran detailnya untuk kirim seribu Ringgit saja ke Indonesia. Tetapi penipu 1MDB pula boleh lolos berbillion Ringgit keluar negara tanpa sebarang soal siasat Bank Negara?

Dalam 15 tahun yang lepas ini kita juga telah baca atau dengar ramai nama orang ternama yang terlibat penipuan 1MDB. 

Court: Bank Negara in the dark as ---bank failed to report suspicious transactions.  ..former Bank Negara governor pinned the blame for many of the illicit banking transactions involving 1MDB on the bank’s failure to conduct due diligence of its clients’ accounts — principally the accounts of former prime minister — and to alert the central bank to suspicious transactions or deposits entering his bank accounts. The accounts were opened in 2011. . "

Contohnya sebuah bank tempatan telah dikenakan denda RM59 Juta oleh Bank Negara tetapi hanya selepas duit 1MDB itu sudah hilang. Too late. The horses have bolted the barn. Kuda sudah terlepas lari dari kandangnya. 


 

Kita rakyat biasa pula kalau tidak lengkap isi borang di bank tadi, duit kita RM1,000 TIDAK AKAN DIKIRIM ke Indonesia. Bank akan kata 'Sorry your information not complete'. 

Habis apakah information kepala bapak yang boleh begitu complete yang membolehkan  penyamun 1MDB kirim RM7.8 billion duit rakyat terbang melayang keluar negara? No questions were asked?

Dan yang aneh lagi, kenapa pula tidak ada pegawai tinggi bank yang terlibat itu turut didakwa di mahkamah? What happened to BAFIA (Banking and Financial Institutions Act) yang khususnya sasarkan pegawai bank yang kecundang?

Tuan-Tuan orang Melayu, you cannot ignore all these subahat people. Kenapa Tuan-Tuan hanya tunggu alasan (waiting for an excuse) untuk TIDAK DIKENAKAN TINDAKAN ke atas supporting actors atau watak-watak sokongan, yang semuanya terlibat menipu duit kita? Makanlah roti telur lebih sikit. Suruh mamak itu masukkan dua biji telur dalam satu roti.

Saya harap pada masa yang akan datang akan ada penulis Melayu yang akan menulis buku yang ceritakan dengan jelas BUKAN PASAL seorang saja perdana menteri itu yang telah dipenjarakan tetapi senaraikan berpuluhan lagi individu yang terlibat pencurian 1MDB yang terlepas sebarang hukuman penjara.

Bila si Kutty kata Melayu malas, Melayu pelupa of course ramai orang Melayu tak suka dengar mulut celupar dia. But there were others diligently noting down what he was saying. Melayu malas, Melayu pelupa.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.