`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, August 26, 2024

Polis ambil keterangan bekas Ahli Parlimen berkait dakwaan gangguan seksual

 

Shahrulnizam Jaafar
Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Jaafar@Ismail, berkata keterangan lelaki 49 tahun itu diambil baru-baru ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA
Polis sudah mengambil keterangan bekas Ahli Parlimen didakwa terbabit kes gangguan seksual seorang pemilik restoran di sini.

Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Jaafar@Ismail, berkata keterangan lelaki 49 tahun itu diambil baru-baru ini.

Setakat ini, kami sudah mengambil keterangan 13 individu, termasuk suspek dan mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 507A/509 Kanun Keseksaan,
 katanya menurut Harian Metro.

Difahamkan, lelaki itu berbuat demikian terhadap pemilik restoran terbabit dua kali, sebelum mangsa tampil membuat laporan polis.

Difahamkan, suspek yang dikatakan pengerusi sebuah syarikat melakukan gangguan seksual terhadap mangsa di sebuah festival makanan di sini sekitar Januari lalu dan mengajak mangsa melakukan perkara tidak senonoh Julai lalu, tetapi ditolak. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.