`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, August 20, 2024

KE BAWAH DYMM TUANKU RAJA PERLIS. DAULAT TUANKU.

 Somehow I missed this piece of very important news from July 11, 2024. 

Daulat Tuanku.

 


 

Raja Perlis bertitah bahawa rang undang-undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan akan menyebabkan negara-negara Islam lain mudah dianggap terkeluar dari kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah.

(OSTB : Apakah satu ketika nanti Wilayah Persekutuan saja akan dianggap sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah? Bukan lonely ke macam itu?)

Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail malah menyifatkan ia sebagai membawa “takrifan sempit” dan tidak bersifat inklusif.

Baginda antaranya memberi contoh negara seperti Arab Saudi dan Qatar juga boleh terkeluar daripada Ahli Sunnah jika takrifan sama diguna pakai. 

(OSTB : Nauzubillah! Arab Saudi di mana terletaknya Mekah dan Madinah! Tanah kelahiran baginda Rasulullah dan agama Islam pun potensi terkeluar Ahli Sunnah?)

"Utamakan sikap berhati-hati, berfikiran panjang serta penuh hikmah dan santun dalam setiap tindakan.

(OSTB : Daulat Tuanku).

"Biarlah sesuatu keputusan yang diambil hari ini tidak menimbulkan pertikaian berpanjangan," titah baginda, hari ini.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah takrifan Ahli Sunnah tidak wajar disempitkan hanya bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah.

Titah baginda, begitu juga daripada sudut fikah yang hanya daripada mazhab Syafie dan dari sudut tasawuf bersumberkan Imam Ghazali dan Imam Junaid.

(OSTB : Asyairah? Maturidiah? Imam Junaid? Banyaknya nama-nama. Dulu masa saya niaga kertas (tahun 80an) nama driver forklift  kami Junaid juga. Mamak juga. Masa saya kecil dulu, (tahun 60an) ayah saya ajar saya, 'We are Muslims, our mazhab is Hanafi'. Itu saja. Simple.

"Tindakan seumpama ini adalah tidak bersifat inklusif bahkan membawa kepada elemen sektarian dalam kalangan umat Islam di negara ini.

(OSTB : Daulat Tuanku).

"Beta juga selama ini tidak mengambil maklum bahawa perkara berkaitan aliran al-Asyairah dan al-Matudiriah dan menghadkan mazhab ini telah diputuskan secara konsensus serta menepati prinsip syura dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja.

(OSTB : Maksudnya Menteri itu klentong ke?)

"Justeru beta tidak mahu Majlis Raja-Raja diheret dan digunakan bagi menyokong RUU ini," titah baginda lagi.

(OSTB : Tanpa sokongan Majlis Raja-Raja, RUU itu takkan ke mana pun. Daulat Tuanku).

Tuanku Syed Sirajuddin juga bertitah, Wilayah Persekutuan sepatutnya membawa semangat federalisme yang memayungi semua pihak.

(OSTB : Daulat Tuanku).

Pada 2 Julai lalu, RUU Mufti Wilayah Persekutuan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Sebahagian daripada pindaan yang terdapat di dalam RUU itu mencetuskan polemik dalam kalangan agamawan dan ahli politik.

Hal itu kerana ia menyentuh kelayakan menjadi mufti mesti terdiri daripada individu berakidah Ahli Sunnah bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah, bermazhab Syafie dalam fikah serta mengikuti ajaran tasauf Imam al-Ghazali dan Imam Junaid.

Bantahan itu dimulakan oleh Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin.

Sementara itu Tuanku Syed Sirajuddin mengingatkan bahawa sebagai ketua agama Islam negeri, baginda bertanggungjawab memastikan pemahaman agama Islam dalam keadaan harmoni.

Baginda juga bertitah bahawa baginda bertanggungjawab mengutamakan perpaduan sejagat supaya terhindar dari anasir ekstrem yang mengenepikan kepelbagaian pandangan serta khazanah ilmu.

"Keluasan pandangan dalam pelbagai cabang amalan agama, telah sekian lama diterima dan diamalkan oleh umat Islam di negara ini serta turut meraikan perbezaan pandangan di seluruh dunia," titah baginda.

Perlis tidak meletakkan kewajipan mengikut aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah sebagai syarat menjadi Ahli Sunnah.

Dari sudut fikah, hukum-hakam negeri itu tidak terikat dengan mazhab Syafie, sebalinya terbuka dengan pelbagai pandangan mazhab lain.

OSTB : Presiden Pas pun tidak setuju dengan cadangan ini.

https://www.malaysiakini.com/news/711383

  • "Sementara itu Presiden PAS Abdul Hadi Awang berpendapat RUU Mufti Wilayah Persekutuan itu perlu dikaji secara mendalam terlebih dahulu.
  • Menurutnya, langkah itu penting  berikutan terdapat berpuluh-puluh mazhab dalam Islam dan tidak ada mana-mana ulama muktabar membenarkan aliran mereka diisytihar sebagai agama negara.
  • "Pada pandangan saya, semua ulama tidak membenarkan mazhab mereka diisytiharkan sebagai agama negara, sama ada Imam Malik, Imam Syafie mahupun Imam Hambali.
  • "Hanya Islam yang menjadi agama negara, hanya Islam yang menjadi agama negara," katanya"

 

OSTB : Saya amat berterima kasih atas titah Tuanku Raja Perlis yang adil, rasional dan sangat ambil peduli keharmonian umat  Islam. 

Pada pandangan saya segala masalah umat Islam sedunia yang sangat kronik terjebak huru-hara, benci membenci, tuduh menuduh, kafir mengkafir, yang makin binasa akibat keganasan dan bunuh membunuh sesama sendiri adalah disebabkan kesesatan 'religious gatekeepers' atau 'penjaga-penjaga pintu agama' yang cuba mengangkat diri sambil duduk dalam bakul sendiri. 

Kesilapan besar umat Islam atau negara Islam yang masih berterusan dari dulu sehingga hari ini adalah memberi penjaga-penjaga pintu agama ini ruang dan laluan dalam hal ehwal pentadbiran negara.  Ini adalah satu kesilapan yang sangat besar. Di seluruh dunia Islam mereka telah menjadi serangga perosak. Tikus yang cuba membaiki labu. Lebih selamat bagi negara jika mereka duduk dalam masjid dan surau sahaja - tanpa diberi sebarang peranan dalam pentadbiran negara. 

Agama harus pelopori kebebasan bersuara dan kebebasan menyoal - tanpa menyalahi orang yang bersuara atau yang menyoal. Dan oleh kerana penjaga-penjaga pintu agama sendiri sangat berlainan pandangan mereka ("berikutan terdapat berpuluh-puluh mazhab dalam Islam dan tidak ada mana-mana ulama muktabar membenarkan aliran mereka diisytihar sebagai agama negara" - Hadi Awang) maka tentu sekali mereka tidak akan suka atau setuju suara orang lain diberi keutamaan tetapi mulut mereka sendiri terpaksa ditutup.  

Oleh itu perbuatan melantik penjaga-penjaga pintu agama (religious gatekeepers) untuk diberi tanggungjawab dalam pentadbiran negara akan hanya membawa kepada huru-hara dan kehancuran. 

Cadangan RUU ini adalah satu contoh yang sangat jelas. Sepertimana dititah DYMM Raja Perlis

  • rang undang-undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan akan menyebabkan negara-negara Islam lain mudah dianggap terkeluar dari kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah.
  • Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail malah menyifatkan ia sebagai membawa “takrifan sempit” dan tidak bersifat inklusif.
  • Tuanku Syed Sirajuddin bertitah takrifan Ahli Sunnah tidak wajar disempitkan
  • negara seperti Arab Saudi dan Qatar juga boleh terkeluar daripada Ahli Sunnah jika takrifan sama diguna pakai
  • supaya terhindar dari anasir ekstrem yang mengenepikan kepelbagaian pandangan serta khazanah ilmu

Wa akhirul kalam, apa yang saya makin nampak ialah dalam negara kita, penjaga-penjaga pintu agama atau religious gatekeepers yang suka sangat mengangkat diri dalam bakul, makin tidak senangi sistem Perlembagaan Persekutuan kita (Federal Constitution) di mana hal ehwal agama Islam itu telah diasingkan di bawah tanggungjawab Raja-Raja Melayu di peringkat negeri saja.   

Malaysia tidak mempunyai sistem 'Vatican' seperti agama Katolik di Rom. 
Atau sistem Ayatollah Syiah di Iran
Atau sistem Dalai Lama bagi agama Buddha di Tibet.

Raja-Raja Melayu menjadi 'ketua agama' di negeri masing-masing. Perlembagaan kita tidak membenarkan siapa pun di antara Raja Melyu untuk melibatkan diri dengan isu agama di negeri lain.

Maksudnya segala hal ehwal agama juga adalah di bawah tanggung jawab Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing.

Tetapi dalam negara kita ramai juga lebai politik, lebai penjawat awam, lebai akademik dan gatekeepers lain yang tidak senangi sistem ini.

Sekali sekala mereka cuba juga untuk federalise-kan (persekutuan-kan)  agama secara ikut pintu belakang.  

RUU355 pun cubaan lebai politik menggunakan pintu belakang untuk federalise-kan agama. 

Saya harap DYMM Raja-Raja Melayu akan senantiasa awasi sebarang cubaan kaum lebai duduk dalam bakul angkat sendiri itu untuk 'mempersekutuan-kan' hal ehwal agama  mengikut pintu belakang.

Seluruh rakyat Malaysia, orang Islam dan bukan Islam, harus berterima kasih kepada kebijaksanaan dan kemuliaan D-DYMM Raja Melayu, yang sejak 67 tahun negara kita Merdeka, telah menjaga negara kita dengan baik dan tidak membenarkan 'Islam' di hijack oleh puak-puak ekstremis, termasuk lebai politik, yang telah huru-harakan dan membinasakan negara islam yang lain di seluruh dunia. 

Malang sekali kebelakangan ini ahli-ahli politik dan lebai makan gaji makin mainkan isu agama untuk bangkitkan kemarahan orang Melayu dalam perkara yang remeh dan kekadang palsu.   Sambutan perayaan agama dan bangsa lain dipertikaikan, stokin bertulisan sengaja dikontroversikan, pakaian peserta sukan Olimpik dipertikaikan dan perkara begitu.    

Cuba bayangkan kalau mereka menetapkan pandangan Junaid saja sebagai betul. Yang bukan Junaid semua akan 'naya. 

Daulat Tuanku.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.