`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 22, 2024

Usah risau, rakyat Palestin balik usai rawatan, kata menteri

 

Rakyat Palestin
Kumpulan rakyat Palestin tiba di Malaysia pada 16 Ogos lalu dengan menaiki dua pesawat A400M milik TUDM dan dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

KUALA LUMPUR
Seramai 41 rakyat Palestin bersama 86 waris yang dibawa menerima rawatan di Malaysia akan dihantar pulang apabila urusan itu selesai, kata Menteri Luar Mohamad Hasan.

Beliau berkata, itu adalah janji kerajaan kepada pemimpin Palestin sebelum rakyat mereka dibawa ke negara ini.

“Yang tercedera itu janji kita dengan pemimpin Palestin…mereka tak nak datang (sebenarnya), mereka tak mahu keluar, tinggalkan tanah air, tetapi kita berjanji bawa ke sini berikan bantuan perubatan anak-anak yang cedera, kita mesti hantar balik.

Mereka tak nak keluar, nak mati…matilah di tanah air sendiri, itu kata mereka. Saya berbincang dengan pemimpin Palestin, mereka tak mahu ke Jordan dan sebagainya…biarlah mereka mati di situ katanya,
 katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan sayap Wanita, Pemuda, dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Justeru, Mohamad yang juga timbalan presiden Umno berkata tidak timbul isu konon kumpulan rakyat Palestin terbabit akan kekal di Malaysia.

“Tak usah risau, ada negeri risau kata kita akan hantar orang Palestin duduk di negeri itu…tidak ada, kita dah berjanji (akan hantar pulang), katanya.

Kumpulan rakyat Palestin itu tiba di Malaysia pada 16 Ogos lalu dengan menaiki dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dirawat di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini kesal dengan sikap sesetengah pihak yang mengkritik usaha itu.

Ada antara mereka katanya sanggup mencerca usaha itu, sedangkan ia tanggungjawab kecil dilakukan atas dasar belas kasihan dan ihsan terhadap rakyat Palestin yang cedera akibat kezaliman Israel. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.