Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perpaduan Negara Shatesh Kumar berkata iklan itu bawa mesej penting perpaduan hanya dapat dibina dengan saling memahami, hormat-menghomati dan penerimaan terhadap perbezaan budaya.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perpaduan Negara, Shatesh Kumar, berkata iklan hasil cetusan idea Menterinya, Aaron Ago Dagang sendiri juga bukan sekadar hiburan atau dokumentasi budaya.
Tetapi, katanya, ia membawa mesej penting dalam konteks Malaysia hari ini bahawa perpaduan hanya dapat dibina dengan saling memahami, hormat-menghomati dan penerimaan terhadap perbezaan budaya.
“Dengan membawa tema ‘Dalam setiap sambutan, kita raikan keharmonian dalam kepelbagaian’, Tuai Kasih tampil sebagai karya seni visual yang memukau, menggabungkan unsur tradisional seperti tarian etnik dan muzik rakyat yang disusun dengan melodi lunak dan penuh emosi.
“Penyampaian ini tidak hanya menyentuh lapisan masyarakat dari Sabah dan Sarawak, tetapi juga merentasi sempadan kaum dan agama, menjadikan ia relevan dan menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, perayaan seperti Hari Gawai dan Pesta Kaamatan wajar diraikan bukan sahaja oleh masyarakat asalnya, tetapi juga semua rakyat Malaysia sebagai lambang identiti nasional.

Iklan yang menampilkan barisan pelakon berbilang kaum di Malaysia, antaranya Izzul Faiq, Nicole Jay, Dhakshu, Ethan dan Dunstun Luther Junior itu mendapat sambutan luar biasa dengan lebih 2.5 juta tontonan di TikTok dan Instagram Aaron sejak dimuat naik Isnin lalu.
Menurutnya, ramai memuji pendekatan iklan disifatkan kreatif sehingga tular di pelbagai platform digital dan menjadi bahan perbincangan positif dalam kalangan warganet.
“Karya ini turut menitikberatkan beberapa elemen sering disebut Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk melihat Malaysia maju bukan sahaja dikenali dengan kemakmuran, tetapi juga semangat perpaduan utuh dan harmoni dalam kepelbagaian yang menjadi asas untuk digarap menteri perpaduan negara dalam penghasilan ‘Tuai Kasih’. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.