`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Saturday, September 6, 2025

Skuad negara tambah 2 pingat emas di Kejohanan Wushu Dunia

Selepas tiga hari saingan di Brazil Malaysia kini mengumpul tiga emas, satu perak dan satu gangsa.

Tan Cheong Min menyumbang emas dalam acara Nangun selepas mengatasi wakil Taiwan dan Korea Selatan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
 Skuad wushu negara menambah dua lagi pingat emas pada hari ketiga Kejohanan Wushu Dunia Ke-17 di Brasilia, Brazil, pada Jumaat.

Dalam aksi di Ulysses Guimarães Convention Center, atlet wushu wanita, Tan Cheong Min menyumbang emas dalam acara Nangun selepas mengumpul 9.746 mata, sekali gus mengatasi wakil Taiwan, Chao Tang Hsuan (9,723) yang meraih pingat perak, manakala wakil Korea Selatan, Siwoo Byun membawa pulang pingat gangsa dengan 9,710 mata.

Satu lagi emas negara disumbangkan oleh atlet lelaki, Si Shin Peng yang mengungguli acara Jianshu dengan 9.746 mata.

Chin Ka Hou dari Macau meraih perak dengan 9.736 mata, sementara wakil Hong Kong, Chen Jinsong memperoleh gangsa selepas mencatat 9.733 mata.

Semalam, Shin Peng menghadiahkan emas pertama Malaysia pada kejohanan itu menerusi acara Qiangshu.

Selepas tiga hari saingan di Brazil, Malaysia kini mengumpul tiga emas, satu perak dan satu gangsa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.