`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Tuesday, September 9, 2025

Hadir sidang Bersatu: Penjelasan MIC dalam masa terdekat, kata presiden

Presiden SA Vigneswaran kata MIC akan menjelaskan perkara tersebut kepada pengerusi BN.

MIC
Pemimpin MIC minta semua pihak tidak cepat melatah berhubung kehadiran pemimpin parti itu pada perhimpunan agung tahunan Pemuda Bersatu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 MIC yang merupakan komponen Barisan Nasional akan memberi penjelasan kepada pengerusi gabungan berhubung kehadiran pemimpin parti itu pada perhimpunan agung tahunan Pemuda Bersatu.

Presiden SA Vigneswaran memaklumkan MIC akan memberikan penjelasan bertulis kepada Pengerusi Zahid Hamidi, dalam masa terdekat.

“Pengerusi BN minta kita beri penjelasan. Kita akan beri penjelasan bertulis dalam masa terdekat, walaupun surat rasmi kami belum terima,” katanya ringkas kepada FMT.

Timbalan Ketua Pemuda MIC K Kesavan dilaporkan hadir persidangan Pemuda Bersatu, pada Sabtu, sambil dilihat bergambar dengan Ketua Pemuda Hilman Idham.

Timbalan Presiden M Saravanan mengesahkan kepada FMT, bahawa parti itu telah diundang dan memaklumkan Kesavan menjadi ‘wakil mereka’.

Perkembangan ini berlatarkan perbincangan tidak rasmi antara Perikatan Nasional dan MIC.

Sebelum ini, Saravanan dilaporkan mendakwa MIC seolah-olah dipinggirkan, dan parti itu akan membuat keputusan mengenai masa depannya bersama BN selepas mesyuarat agung tahunan pada Oktober.

Meskipun pernah bersama dalam kerajaan, Umno turut menganggap Bersatu sebagai seteru politik.

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif Pusat MIC, AT Kumararajah, meminta semua pihak agar tidak cepat melatah.

“Ini tidak banyak beza dengan apa yang berlaku dengan Umno yang pergi ke muktamar PAS dulu dan sekarang ke program pehimpunan DAP,” katanya kepada FMT.

Kumararajah mengesahkan bahawa kehadiran wakil ke himpunan Pemuda Bersatu mendapat izin kepimpinan MIC.

“Ramai cepat melatah bila pemuda MIC hadir ke mesyuarat tahunan Pemuda Bersatu mewakili MIC. Apa yang peliknya? Apa yang salahnya kalau MIC nak buka ruang jajaran baharu demi ‘survival’ politik?” katanya.

Kumararajah mengingatkan bahawa Umno ‘memeriahkan’ muktamar PAS demi kelangsungannya, “atas dasar politik matang”.

“Masa itu ada mereka maklum tanya MIC?” soalnya, menyifatkan kritikan terhadap partinya sebagai ‘menyedihkan’.

“Jangan bila orang lain buat dianggap salah, bila sendiri buat dianggap strategi,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.