`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Thursday, September 4, 2025

Perlis rancang bina lapangan terbang di sempadan Thailand

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata cadangan itu selaras saranan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sebagai nilai tambah untuk pembangunan negeri.

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli, berkata rancangan bina lapangan terbang itu buka ruang baharu pelaburan dan komersial. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Perlis berhasrat memiliki sebuah lapangan terbang di kawasan sempadan Thailand, kata Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.

Katanya, cadangan itu selaras saranan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sebagai nilai tambah untuk pembangunan negeri itu.

“Sekiranya dapat direalisasikan, lapangan terbang ini mampu menampung lebih ramai penumpang dari dalam dan luar negara, sekali gus membuka ruang baharu untuk pelaburan dan komersial.

“Projek lapangan terbang itu dijangka sesuai untuk menampung pesawat bersaiz sederhana seperti Boeing 737 dengan lokasi di kawasan sempadan yang lebih strategik untuk menarik pengguna antarabangsa,” katanya menurut Kosmo, di Kangar.

Katanya, dengan memiliki lapangan terbang, ia diyakini mampu menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan ekonomi Perlis serta memberi limpahan manfaat kepada rakyat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.