Seorang lelaki ditahan di Papar, susulan laporan polis pada 7 Sept berhubung hantaran di TikTok.

Pesuruhjaya Polis Sabah Jauteh Dikun berkata, lelaki itu ditahan pada 2.45 petang di Papar, susulan laporan polis yang diterima pada 7 Sept berhubung hantaran di TikTok yang berunsur hasutan.
Polis turut merampas telefon bimbit suspek, tambahnya.
“Hasil semakan awal ke atas gajet itu mendapati suspek pengendali akaun aplikasi TikTok yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Yang Dipertua Negeri dan ketua menteri Sabah,” katanya pada sidang media di IPK Sabah, lapor Bernama.
Jauteh berkata, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian (media sosial).
Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Sementara itu, Jauteh berkata, lelaki yang ditahan kerana disyaki mengugut pakar patologi yang terlibat dalam inkues Zara Qairina Mahathir direman empat hari hingga 11 Sept.
Lelaki berusia 61 tahun itu ditahan pada 7 Sept susulan laporan mengenai kenyataan di Facebook yang mengandungi unsur jenayah terhadap Dr Jessie Hiu, yang bertugas di Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.