`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Tuesday, November 11, 2025

Lelaki putus jari, ibu cedera bergelut dengan amah libas pisau

Suspek warga asing berusia 44 tahun dakwa alami tekanan bekerja, namun polis masih siasat motif utama kejadian.

garisan polis dilarang melintas
Seorang pembantu rumah warga asing cederakan 2 beranak yang menjadi majikannya dalam kejadian di KotaSAS, Kuantan, hari ini.
PETALING JAYA:
 Seorang lelaki putus ibu jari manakala ibunya cedera dalam pergelutan dengan pembantu rumah yang bersenjatakan pisau di kediaman mereka di Kuantan hari ini.

Ketua Polis Kuantan Ashari Abu Samah berkata, dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi, seorang wanita berusia 57 tahun berada di tingkat atas rumahnya di KotaSAS, sebelum dikejutkan oleh jeritan anak lelakinya berusia 28 tahun dari aras bawah.

Ketika menuruni tangga, wanita itu mendapati anaknya sedang bergelut dengan pembantu rumah warga asing berusia 44 tahun di ruang tamu, sebelum kepalanya dilibas di dengan pisau oleh suspek ketika cuba meleraikan pergaduhan.

“Wanita itu bertindak merampas pisau sebelum pembantu rumah terbabit berlari ke arah dapur untuk mengambil pisau lain, tetapi kedua-dua mangsa menghalangnya sehingga berlaku pergelutan sekali lagi di di dapur.

“Mangsa wanita mengambil semua pisau di dapur dan mencampakkannya keluar melalui tingkap sebelum menghubungi 999,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Ashari berkata, akibat kejadian itu, mangsa lelaki putus ibu jari tangan kiri, luka di kepala dan kaki manakala ibunya luka di kepala serta ibu jari tangan kiri.

Kedua-dua mangsa dan suspek yang turut cedera di pergelangan tangan kiri dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan, tambahnya.

Ashari berkata, polis merampas enam pisau pelbagai jenis selain satu gunting di lokasi kejadian.

Menurutnya, suspek mendakwa mengalami tekanan bekerja, namun punca utama masih dalam siasatan.

Pembantu rumah itu telah ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.