`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Thursday, December 11, 2025

7 terselamat treler rempuh plaza tol, 2 kereta

Mereka yang terselamat dalam kejadian kira-kira 9 malam tadi turut membabitkan pekerja Tol Kota Kemuning.

Keadaan di lokasi menunjukkan sebuah treler merempuh pondok tol dan dua kenderaan di Plaza Tol Kota Kemuning. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
 Tujuh termasuk pekerja Plaza Tol Kota Kemuning, Shah Alam terselamat selepas sebuah treler merempuh pondok tol dalam kejadian kira-kira 9 malam semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata treler terbabit dilaporkan turut melanggar dua lagi kenderaan lain.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.17 malam sebelum menghantar sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi.

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan tiga kenderaan, membabitkan sebuah treler merempuh pondok tol.

“Ia turut melanggar dua lagi kereta masing-masing Proton Bezza dan Proton Wira.

“Terdapat tujuh mangsa terlibat termasuk penjaga tol namun semuanya berada dalam keadaan baik,” katanya, menurut Berita Harian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.