Menteri dalam negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata polis belum mengambil keterangan anggota terbabit kes tembakan itu.

“Apabila jawatankuasa itu berfungsi, mereka akan mengambil keterangan dan sekali gus menentukan hala tuju siasatan.
“Jadi sebagai menteri, adalah tak kena kalau umpamanya saya terus mengklasifikasikan siasatan (di bawah) undang-undang tertentu. Ini bermakna saya sudah mencampuri bidang kuasa jawatankuasa penyiasat,” katanya selepas Perhimpunan Bulan Kementerian Dalam Negeri di sini.
Menurutnya, polis belum mengambil keterangan anggota terbabit kes tembakan itu.
Mengulas lanjut kemungkinan penugasan semula polis terbabit, katanya, ia diuruskan mengikut prosedur polis berdasarkan keterangan dan penemuan jawatankuasa.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar dilaporkan berkata, polis mengambil keterangan tujuh saksi terdiri daripada tiga ahli keluarga si mati dan empat pegawai perubatan dalam siasatan kes itu.
Dalam kejadian 4.30 pagi 24 Nov lalu, tiga lelaki berusia 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripadanya melibas parang terhadap seorang anggota polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal menyebabkan anggota berpangkat koperal itu parah di lengan kiri.
Geng Durian Tunggal itu dikesan dalam perjalanan menyamun sebuah premis dan aktif melakukan jenayah sejak 2024, membabitkan 20 kes di Melaka serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Selangor, dengan kerugian mencecah RM1.35 juta. - FMT
BERITA LANJUT MENYUSUL

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.