`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, December 25, 2025

‘Amanah 1 kerusi pun tak menang di Perlis’, PAS bidas Mahfuz

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Amanah patut cermin diri dahulu sebelum persoal keupayaan PAS tadbir negeri.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu ambil langkah sewajarnya bagi memastikan kestabilan organisasi, temasuk tindakan tegas terhadap ‘pengkhianat’ parti.
PETALING JAYA:
 PAS membidas kenyataan Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar yang mempertikaikan kelayakan serta kecekapan parti itu mentadbir Perlis, menyifatkannya sebagai tindakan ‘orang tiada modal’.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Amanah sepatutnya cermin diri terlebih dahulu sebelum mempersoalkan keupayaan PAS mentadbir negeri.

“Ini komen orang tiada modal. Macam mana pula (dengan) Kelantan, Terengganu, Kedah yang besar daripada Perlis? Alasan Perlis kecil tak timbul.

“Amanah lagi(lah) tidak layak, sampai satu kerusi pun tak menang di Perlis pada PRU lalu,” katanya kepada FMT.

Tuan Ibrahim berkata demikian selepas Mahfuz mendakwa kemelut politik Perlis membuktikan kegagalan PAS dan Perikatan Nasional (PN) mentadbir serta mengawal negeri sekecil Perlis, bertelagah sesama sendiri sekalipun tanpa ancaman pembangkang.

Menurut Mahfuz, krisis itu bukan perkara baharu kerana telah berlarutan lebih setahun, meskipun pelbagai usaha dilakukan termasuk pertukaran pesuruhjaya PAS negeri, pelantikan pengerusi PN baharu, serta rundingan tertutup.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, parti itu telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kestabilan organisasi, temasuk mengambil tindakan tegas terhadap ‘pengkhianat’ parti.

Terdahulu dilaporkan lapan Adun PN, termasuk tiga daripada PAS, menyerahkan akuan berkanun (SD) kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, menyatakan mereka tidak lagi menyokong menteri besar Perlis ketika itu, Shukri Ramli daripada PAS.

Tindakan itu mencetuskan langkah PAS menghentikan keahlian tiga Adun terbabit, iaitu Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong), dan Ridzuan Hashim (Guar Sanji) terhenti, yang menyebabkan jawatan mereka sebagai wakil rakyat turut tergugur.

Petang ini, Shukri yang juga Adun Sanglang mengumumkan peletakan jawatan menteri besar selepas tiga tahun menggalas amanah tersebut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.