`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Thursday, December 11, 2025

Lelaki tinggal dengan mayat isteri serah diri

Suspek berusia 28 tahun dilapor kelar mati isterinya tinggal bersama mayat selama empat hari.

azizee ismail
Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
 Seorang lelaki menyerah diri selepas dipercayai mengelar mati isteri dengan mayatnya disimpan dalam sebuah bilik di rumah mereka selama empat hari, dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Tuna, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Menurut Kosmo, suspek berusia 28 tahun yang menganggur tinggal bersama mayat isterinya di rumah berkenaan, sebelum menyerah diri di balai polis berhampiran.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis yang pergi ke lokasi kejadian menjumpai jasad mangsa berusia 44 tahun bersama kesan kecederaan pada leher disyaki dikelar dengan senjata tajam.

Suspek yang dikatakan mempunyai rekod jenayah lampau turut dibawa ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

Menurut laporan itu, mangsa yang merupakan janda anak lima sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama suspek hampir tiga tahun lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, yang mengesahkan kejadian menyatakan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.