`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Tuesday, December 9, 2025

PH konsisten bersama Hajiji sejak awal, kata Fuziah

Pemimpin PKR Fuziah Salleh berkata pendirian PH tidak akan berubah walau apa jua keputusan PRN pada 29 Nov lalu.

Fuziah Salleh ulas kritikan Loke Siew Fook kerana mengisytiharkan PH menjadi sebahagian kerajaan Sabah, pada malam keputusan pilihan raya diumumkan.
PETALING JAYA:
 Pakatan Harapan (PH) konsisten menyokong Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor sejak awal kerjasama yang tidak akan berubah walau apa jua keputusan PRN pada 29 Nov lalu.

Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh berkata pendirian PH adalah jelas untuk menyokong kerajaan negeri yang sehaluan Putrajaya di bawah kerangka Malaysia Madani.

“PH kekal konsisten dalam sokongan kami kepada Hajiji sejak hari pertama.

“Keputusan pilihan raya Sabah tidak akan mengubah pendirian PH untuk menyokong kerajaan negeri yang selari dengan kerajaan Persekutuan Madani,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook yang membidasnya kerana mengisytiharkan PH menjadi sebahagian kerajaan Sabah, pada malam keputusan pilihan raya diumumkan.

Loke mendakwa DAP tidak dimaklumkan mengenai pengumuman itu dan tidak menyedari sidang media berkenaan diadakan, lapor China Press.

Loke berkata PKR hanya menang satu kerusi pada PRN ke-17 itu dan menegaskan pembentukan kerajaan negeri sepatutnya diumumkan parti mempunyai kerusi terbanyak.

Menurutnya, tindakan Fuziah tidak sepatutnya dibuat dan mengakibatkan PH menjadi bahan ketawa.

Fuziah mengadakan sidang media pada malam pengundian dengan mendakwa PH dan GRS telah memperoleh jumlah diperlukan untuk membentuk kerajaan baharu Sabah.

PH sekadar menang satu kerusi – Melalap, yang ditandingi calon PKR – manakala DAP pula tumpas semua lapan kerusi dipertandingkannya.

Sebaliknya, GRS menang 29 kerusi. Selain PH, GRS turut bergabung dengan Barisan Nasional (BN), Upko, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat, lima calon Bebas untuk membentuk pentadbiran negeri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.