`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, February 13, 2026

Hamzah perlu diketepi untuk Muhyiddin kawal Bersatu

 Tiada lagi tekanan daripada sisi apabila Bersatu memecat Hamzah Zainudin, kata penganalisis.

bersatu logo
Penganalisis sudah menjangkakan pemecatan Hamzah Zainudin, susulan kemelut kepimpinan dalam Bersatu.
PETALING JAYA:
 Hamzah Zainudin dan pengikut-pengikutnya perlu diketepikan untuk Presiden Muhyiddin Yassin mengawal dan menstabilkan Bersatu, menurut penganalisis.

Mengulas pemecatan Hamzah sebagai orang nombor dua parti, Felo Majlis Professor Negara Azmi Hassan berkata langkah itu sudah dijangka “kerana itu sahaja pilihan yang ada” untuk Muhyiddin.

Beliau tidak menolak kemungkian ‘pemberontakan’ di peringkat akar umbi memandangkan pengaruh Hamzah dalam parti, namun “yang penting adalah Muhyiddin dapat mengawal Bersatu”.

“Itu yang penting. Tiada lagi dikatakan tekanan-tekanan daripada sisi, daripada dalaman yang akan berlaku,” katanya kepada FMT.

Pemecatan itu berlatarkan kemelut kepimpinan antara Muhyiddin dan Hamzah. Menurut surat dilihat FMT, lembaga disiplin mendapati Hamzah melanggar Fasal 9.1.4 perlembagaan parti.

Selain Hamzah, tiga Ahli Parlimen turut dipancung iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Fathul Huzir Ayob, dan Azahari Hasan.

Penganalisis, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, meramalkan kesan yang lebih besar sekiranya semua Ahli Parlimen yang pernah mendesak Muhyiddin berundur dipecat.

Media pernah melaporkan seramai 16 Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada gesaan Naib Presiden Ronald Kiandee supaya Muhyiddin meletek jawatan presiden.

“Jika mereka dipecat, Bersatu akan lumpuh, Perikatan Nastional kehilangan blok besar, dan pembangkang menjadi lemah serta terpecah,” katanya.

Beliau berkata situasi itu memberi kesempatan kepada PAS untuk mengukuhkan kedudukan sebagai parti dominan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.