Motif kejadian berpunca daripada pertikaian peribadi berkaitan isu tanah serta laluan lori di kawasan berkenaan.

Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada rentetan perselisihan faham antara dua pihak, yang berlaku hari ini di Kajang.
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri yang menyalahi undang-undang, serta diminta tidak menyebarkan spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.
“Polis akan mengambil tindakan berlandaskan pada lunas perundangan terhadap sesiapa jua yang melakukan tindakan yang menggugat keselamatan serta ketenteraman awam,” menurut kenyataan berhubung video tular di media sosial hari ini.
Bertindak atas laporan, siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada pertikaian peribadi berkaitan isu tanah serta laluan lori di kawasan berkenaan.
Polis berkata ia menerima dua laporan berasingan susulan kejadian, dikelaskan bawah Seksyen 307/279 serta 395/365 Kanun Keseksaan.
Suspek dalam laporan kes pertama merupakan pengadu bagi laporan kes kedua, manakala pengadu bagi kes kedua merupakan suspek dalam kes pertama, katanya.
Bagi membantu siasatan, polis menangkap seorang lelaki warga tempatan dan seorang lelaki bukan warga tempatan bagi kes pertama, dan menahan tiga lelaki warga tempatan bagi kes kedua. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.