`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, March 5, 2026

Hina isteri Adun, penganggur didenda RM25

 Wanita itu mengaku salah menghina dan muat naik komen jelik terhadap isteri Adun Pintasan Fairuz Renddan.

Mahkamah kota kinabalu
Mahkamah Majistret Kota Kinabalu mendenda Luisa Luis, 27, di bawah Ordinan Kesalahan-kesalahan Kecil dan diingatkan tidak mengulangi lagi kesalahan itu.
PETALING JAYA:
 Seorang wanita didenda RM25 oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu selepas mengaku salah menghina dan memuat naik komen jelik terhadap isteri Adun Pintasan Fairuz Renddan.

Luisa Luis, 27, yang juga penganggur membuat pengakuan itu bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali.

Tertuduh melakukan kesalahan itu terhadap Siti Noor Liyana Abd Latif Beldram, 37, yang juga suri rumah, lapor Sinar Harian.

Luisa didenda RM25 mengikut Seksyen 8(1)(b) di bawah Ordinan Kesalahan-kesalahan Kecil dan diingatkan tidak mengulangi lagi kesalahan itu.

Tertuduh diwakili Ram Singh, manakala Siti Noor Liyana diwakili Khalid Murshidi.

Terdahulu, pada 27 Feb, Luisa turut dikenakan denda sama bagi kesalahan serupa selepas pertuduhan asal Seksyen 506 Kanun Keseksaan diturunkan kepada Seksyen 8(1)(b) di bawah Ordinan Kesalahan-kesalahan Kecil yang memperuntukkan denda RM25.

Bagi kesalahan berkenaan, Luisa dikenakan pertuduhan selepas membuat ugutan bunuh kepada Siti Noor Liyana.

Berdasarkan rekod juga tertuduh pada 10 Jun 2024 turut didenda RM5,000 dibawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, oleh Mahkamah Sesyen selepas dia mengaku salah menghantar komen jelik terhadap Fairuz yang juga menteri kerajaan tempatan dan perumahan Sabah di ruangan komen media sosial Facebook miliknya pada 30 April.

Pada tarikh sama, Luisa juga didenda RM3,000 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku mengaibkan kehormatan Fairuz dengan menggunakan perkataan kesat melalui aplikasi WhatsApp pada 6 April. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.