`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Monday, November 9, 2026

Noor Helmy berpotensi jadi exco jika BN kekal tadbir Melaka, kata Johari

 Naib presiden Umno berkata, calon BN Duyong itu sudah tunjuk komitmen kepada masyarakat, walaupun tanpa jawatan dalam kerajaan negeri.

Naib Presiden Umno Johari Abdul Ghani sertai calon BN di DUN Duyong, Noor Helmy Abdul Halem, dalam program ‘walkabout’ di Kampung Bukit Godek, Semabok Dalam, sempena PRN Melaka.
MELAKA:
Calon Barisan Nasional (BN) DUN Duyong Noor Helmy Abdul Halem berpotensi diberi peluang menganggotai barisan Exco kerajaan negeri sekiranya BN berjaya mengekalkan pentadbiran Melaka, kata Johari Abdul Ghani.

Naib presiden Umno itu berkata, hal ini kerana Noor Helmy telah menunjukkan komitmen berterusan menyantuni masyarakat walaupun tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan negeri ketika ini.

“Saya harap masyarakat di sini dapat beri sokongan kepada Noor Helmy supaya dia teruskan kerja-kerja ini dan diharapkan suatu hari nanti kalau kita berjaya mengekalkan kerajaan ini, mungkin bawa muka baru jadi exco untuk terus berkhidmat dengan lebih dekat,” katanya selepas menyertai Noor Helmy dalam program ‘walkabout’ di Kampung Bukit Godek, Semabok Dalam.

Johari berkata, pengalaman turun padang dan menyantuni masyarakat pada peringkat akar umbi penting bagi membentuk pemimpin muda, termasuk dalam memahami masalah penduduk serta mengenal pasti perkara yang mampu atau tidak mampu dijanjikan.

Sementara itu, mengulas kritikan dan kontroversi yang dihadapi calon sepanjang kempen, beliau berkata, perkara itu lumrah dalam politik dan sebahagian proses membentuk pemimpin.

“Jangan ingat kita buat kerja, lepas tu kita tak jangka orang bantai kita, orang komen kita, orang kritik kita. Tak bolehlah bila kena kritik, kita buntu,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pemimpin muda agar tidak mudah mengalah apabila berdepan kecaman, sebaliknya terus fokus berkhidmat kepada masyarakat dan menunjukkan teladan yang baik.

Noor Helmy, 45, merupakan penyandang kerusi DUN Duyong selepas memenanginya pada PRN Melaka 2021 dengan majoriti tipis 200 undi.

Pada PRN 14 Nov ini, beliau berdepan persaingan satu lawan satu, dicabar calon Pakatan Harapan (PH) Poo Long Suan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.