`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Saturday, November 7, 2026

Situasi terkawal, tahap ancaman keselamatan siber kekal ‘tahap sederhana’

 Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara sedang memantau situasi keselamatan siber secara berterusan.

Nacsa mengambil maklum mengenai insiden keselamatan siber serta gangguan sistem yang melibatkan beberapa institusi kewangan, kata MKN.
KUALA LUMPUR:
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menegaskan bahawa situasi keselamatan siber negara berada dalam keadaan terkawal dengan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara (NCTL) kekal pada tahap sederhana.

Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) memaklumkan Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (NC4) sedang memantau situasi keselamatan siber secara berterusan susulan perkembangan terkini.

Nacsa mengambil maklum mengenai insiden keselamatan siber serta gangguan sistem yang melibatkan beberapa institusi kewangan dan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkaitan bagi memantau perkembangan.

“Bank Negara selaku ketua sektor perbankan dan kewangan sedang melaksanakan langkah kesiapsiagaan yang menyeluruh dan bersepadu termasuklah pemantauan berterusan perkembangan tahap keselamatan siber entiti infrastruktur maklumat kritikal negara (NCII) di bawahnya.

“NACSA turut bekerjasama dengan ketua sektor dan entiti NCII bagi memastikan sebarang ancaman dapat dikesan dan ditangani dengan segera, serta perkhidmatan penting negara terus beroperasi dengan lancar,” menurut kenyataan.

MKN menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai atau menyebarkan dakwaan berkaitan serangan siber yang tidak disahkan, termasuk hantaran yang tular di media sosial.

Orang ramai diminta untuk sentiasa merujuk saluran rasmi kerajaan, BNM serta institusi kewangan masing-masing bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

MKN, Jabatan Perdana Menteri dan Nacsa akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa melalui saluran komunikasi rasmi MKN. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.