`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Saturday, November 7, 2026

Penubuhan SCI tanah runtuh Paya Terubong tunggu dapatan JKKP

 Kerajaan negeri akan menunggu JKKP mengemukakan dapatan dan syor, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Chow Kon Yeow
Ketua Menteri Chow Kon Yeow ulas gesaan supaya kerajaan Pulau Pinang tubuh SCI bagi menjalankan siasatan bebas. (Gambar Bernama)
GEORGE TOWN:
Kerajaan Pulau Pinang akan memutuskan keperluan menubuhkan suruhanjaya siasatan negeri (SCI) berhubung kejadian tanah runtuh di Paya Terubong selepas Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) selesai menjalankan siasatan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri akan menunggu JKKP mengemukakan dapatan dan syor, sebelum mempertimbangkan tindakan lanjut berhubung kejadian itu yang meragut nyawa seorang doktor berusia 73 tahun.

“JKKP sedang menyiasat dan akan memberi syor (kepada kerajaan negeri). Keputusan sama ada SCI akan diputuskan selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penang AI Feture Makers Bootcamp 2026 di Kolej SEGI Pulau Pinang.

Beliau mengulas gesaan beberapa pihak supaya kerajaan negeri menubuhkan SCI bagi menjalankan siasatan bebas, berhubung tragedi tanah runtuh pada 25 Okt.

Sementara itu, Chow berkata tarikh penduduk terjejas boleh kembali ke kediaman masing-masing belum dapat dipastikan kerana kawasan itu masih belum disahkan selamat.

“Saya rasa masih belum boleh pulang ke rumah, sebab belum isytiharkan tapak itu selamat,” katanya.

Sebelum ini, beberapa Adun dan pertubuhan bukan kerajaan menggesa siasatan bebas dijalankan berhubung tragedi tanah runtuh itu, selain menuntut pihak yang bertanggungjawab terhadap pembangunan kawasan lereng bukit dikenakan tindakan.

Dalam kejadian pada 25 Okt, Dr Wong Kar Lin maut selepas tertimbus akibat tanah runtuh yang menjejaskan rumahnya, manakala isterinya iaitu Chang Mei Nuo, 68, dan ibu mentuanya iaitu Wong Poh Lim, 80-an berjaya menyelamatkan diri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.